web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MetMalaysia Ramal Beberapa Episod Hujan Lebat, Gesa Orang Ramai Berwaspada

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 8:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Februari 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Fariza Yunus berkata, perubahan cuaca itu berlaku disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024.

Semasa tempoh itu, beliau berkata, episod hujan lebat diramal berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula November hingga Disember, sebelum beralih ke Johor dan Sarawak pada Disember hingga Januari 2024. 

“Hujan lebat yang berterusan boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Risiko banjir juga akan meningkat sekiranya hujan lebat itu berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan Program Malaysia Petang Ini yang membincangkan 'Jangkaan Corak Berisiko Bencana', terbitan Bernama TV hari ini.

Oleh itu, Fariza menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa cakna dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia supaya dapat melakukan persiapan termasuk menyimpan dokumen penting di tempat yang tinggi serta berpindah ke tempat selamat apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.

“Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pemakluman mengenai permulaan MTL ini akan dikeluarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ia berlaku.

“Kita mempunyai pelbagai medium (platform) untuk maklumat termasuk melalui laman web MetMalaysia dan televisyen, selain menghebahkannya melalui radio bagi memastikan penduduk yang tiada akses internet turut mendapat maklumat terkini,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hujan Lebat Membasahi Bumi Kota Madinah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar