web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2026 6:28PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Januari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.

"Bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku, terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Januari.

Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut hantaran itu.

Sementara itu, amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut MetMalaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad