web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Monsun Timur Laut Dijangka Berakhir Hujung Mac - METMalaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:09PM

Sepanjang tempoh MTL, sebanyak empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut Cina Selatan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat dan angin kencang yang melanda negara dijangka akan berakhir pada hujung Mac ini susulan peralihan monsun dari Timur Laut ke Barat Daya.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, negara kini masih lagi berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula sejak November tahun lalu, dengan tiupan angin konsisten dari arah timur antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

Menurutnya, sepanjang tempoh MTL, sebanyak empat hingga enam episod luruan monsun dijangkakan berlaku dan menyebabkan ombak besar serta laut bergelora di Laut Cina Selatan. 

“Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan utara Sabah.

“Dalam bulan Mac 2023, negeri di Semenanjung dijangka akan menerima taburan hujan pada paras puratanya iaitu dari 100 milimeter (mm) hingga 350 mm,” katanya dalam laporan Tinjauan Cuaca bermula Mac Hingga Ogos.

Beliau berkata, Sarawak pula di kebanyakan bahagian dijangka menerima jumlah hujan pada paras purata di antara 100mm hingga 450mm, kecuali di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu yang akan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 200 mm hingga 250 mm. 

“Manakala Sabah dan Labuan pula dijangka menerima taburan hujan pada paras purata iaitu sekitar 50 mm hingga 150 mm, kecuali di Kudat dan Sandakan yang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu antara 150 mm hingga 250 mm,” katanya.

Menurut laporan tersebut, METMalaysia menjelaskan bahawa tinjauan cuaca jangka panjang bagi Mac hingga Ogos 2023 adalah berdasarkan konsensus ahli meteorologi melalui penganalisaan beberapa model tinjauan iklim terpilih.

Model tinjauan iklim terpilih itu antaranya seperti NCEP Coupled Forecast System Model Version 2 (CFSv2), JMA Ensemble Prediction System (Tokyo Climate Centre), European Centre for Medium Range Weather Forecast (ECMWF) dan Seasonal Climate Forecast, International Research Institute for Climate Society (RI).

Ujarnya lagi, fenomena global yang mencorakkan cuaca semasa negara seperti EI-Niño Southern Oscillation (ENSO), Madden-Julian Oscillation (MJO) dan Indian Ocean Dipole (OD) juga turut dibincangkan.

“Kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan ENSO adalah La Niña. 

“Keadaan La Niña yang sedang berlaku ini dijangka akan memasuki fasa neutral dalam tempoh Februari ke April 2023, dengan kebarangkalian 85 peratus,” katanya.

Jelasnya, negara dijangkakan berada dalam fasa peralihan monsun awal tahun pada April ini sebelum beralih ke Monsun Barat Daya bermula Mei depan sehingga September depan.

“Dalam tempoh Monsun Barat Daya yang biasanya bermula pada pertengahan Mei hingga September, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad