web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekosongan Jawatan Menteri Akan Diisi Jika Ada Calon Sesuai - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 2:25PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi sekiranya ada calon sesuai.

Kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lalu dan penggantinya masih menjadi tanda tanya, selain turut menimbulkan desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet.

“Rombak Kabinet? Kena rombak ke? Untuk mengisi kekosongan? Bila ada calon sesuai,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di sini, hari ini.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid daripada Perikatan Nasional (PN), diugut supaya menyokong kerajaan, Anwar mahu dakwaan disertakan dengan bukti.

“Yang saya tahu saya belum jumpa (Iskandar Dzulkarnain), saya belum ada menghubunginya, saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut. 

“Kalau ada bukti dia kata, keluarkan jangan pakai main bedal saja,” kata beliau serta menambah bahawa tuduhan berkenaan adalah serius dan patut disiasat sepenuhnya.

Sebelum ini, PN dilaporkan mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan, akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Ditanya mengenai sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu terhadap kepimpinannya, Anwar berkata, beliau menghargai dan berterima kasih terhadapnya.

“Saya belum jumpa atau berhubung dengan beliau, tapi terima kasih di atas sokongan. Sama ada dia nak kekal dengan Perikatan Nasional adalah terpulang kepada dirinya,” kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad