web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeboman Hospital Di Gaza Perbuatan Gila, Tidak Berperikemanusiaan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 12:52PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama ketika merasmikan simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden pengeboman sebuah hospital di Semenanjung Gaza sebagai perbuatan gila dan tidak berperikemanusiaan.

Anwar yang mengecam dan kesal dengan perbuatan itu berkata, krisis Palestin-Israel sudah keterlaluan dan patut dihentikan segera.

“Apapun dituduh, siapapun (menuduh) maknanya ini kesan daripada serangan dan perang. Sebab itu, kita kata sebaiknya hentikan!.

“Kalau teruskan, ini mangsanya wanita, anak-anak dan pesakit. Ini sudah capai tahap gila dan tidak berperikemanusiaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengutuk serangan tersebut yang disifatkan insiden paling berdarah sejak konflik melanda.

Susulan itu, Anwar merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan beberapa negara bagi membincangkan krisis di Gaza itu.

“Saya akan fikir keperluan dan berbincang dengan beberapa pimpinan (negara) sama ada saya harus jelajah ke beberapa negara atau melalui telefon sahaja,” katanya.

Anwar turut memaklumkan akan berjumpa Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammad Salman bin Abdul-Aziz Al Saud ketika menghadiri sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi membincangkan konflik berkenaan.

Mengenai status pasukan pengaman negara di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan, Anwar berkata, ketika ini pasukan tersebut masih dikekalkan.

Menurutnya, keputusan untuk mengekalkan pasukan keamanan di negara itu dibuat bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Jadi jika keadaan keselamatan dapat terjamin seperti sekarang, kita teruskan dan jika tidak, kita akan bawa mereka pulang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 47 minit yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran