web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MINDEF Pastikan Kebajikan Veteran ATM Diberi Tumpuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 12:28PM

Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa memberi tumpuan terhadap kebajikan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen, khususnya yang di bawah paras kemiskinan dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu golongan itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, antara yang disediakan adalah bantuan sara hidup melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sebanyak RM300 sebulan dan setakat ini sebanyak 18,786 orang sudah menerima manfaat melibatkan perbelanjaan RM67.6 juta. 

“Selain itu, turut disediakan sumbangan khairat kepada anggota dan tanggungan iaitu RM3,000 kepada veteran dan RM1,500 kepada keluarga dengan setakat ini sebanyak RM455,000 dibelanjakan," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan R Yuneswaran (PH-Segamat) yang ingin tahu skop pemerkasaan yang sedang dilaksanakan terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula dibuat terhadap golongan itu menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.

Adly berkata, kementerian turut menyediakan peruntukan RM103 juta bagi tujuan rawatan, ubat-ubatan serta peralatan yang terkait rawatan kepada kumpulan veteran.

Katanya, tiga inisiatif bagi perumahan veteran turut dilaksanakan antaranya melibatkan pembinaan 40 buah rumah, 170 buah rumah dalam pembaikan dan inisiatif Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

Sementara itu, Adly berkata, kementerian merancang untuk memastikan setiap negeri mempunyai jawatankuasa di peringkat JHEV bagi memenuhi keperluan lebih 213,000 veteran masa kini.

“Memanglah kita tahu kakitangan di JHEV itu agak terhad untuk melihat keseluruhan veteran angkatan tentera ini, sebab itu kita sedang merancang unruk memastikan di setiap negeri tiada lagi gabungan contohnya antara Melaka dengan Negeri Sembilan dan Kelantan dengan Terengganu.

“Kalau boleh di setiap negeri itu mempunyai jawatankuasa di peringkat kebajikan JHEV… memang ini sedang kita usahakan,” katanya.

Katanya, bagi tujuan itu juga kementerian dalam usaha untuk menambah kakitangan melalui program MySTEP, selain akan melibatkan veteran dan persatuan veteran.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) mengenai perancangan kementerian untuk menambah kakitangan JHEV di peringkat negeri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Amanah Yakin Pertahan Kerusi Simpang Jeram, Pulai

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Vibes 2.0 Permudahkan Urusan Veteran ATM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan Penuh Siasatan Dalaman Pelatih TUDM Dibuli Siap Dalam Masa Terdekat

4

Politik 3 tahun yang lalu

Beri Ruang, Peluang Kepada Anwar Tadbir Negara - Adly

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad