web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2023 8:20AM

Keretapi Tanah Melayu Berhad menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik (ETS) sempena Deepavali. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik (ETS) bagi laluan stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan perayaan Deepavali.

KTMB dalam satu kenyataan semalam memaklumkan perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi selama lima hari bermula dari 9 hingga 13 November, manakala penjualan tiket tren tambahan berkenaan dibuka mulai jam 10 pagi hari ini.

Menurut KTMB, tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tiket sehari dan menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 3,150 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan.

"Penambahan tren ETS ini adalah bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan. Lebuh raya utama negara juga dijangka menerima jumlah trafik yang tinggi berbanding hari biasa," katanya.

KTMB memaklumkan tren akan berlepas pada jam 11 pagi dari Padang Besar dan tiba di KL Sentral pada 4.36 petang, manakala tren dari KL Sentral akan berlepas pada 5.05 petang dan tiba di Padang Besar jam 10.34 malam.

Dalam kenyataan yang sama, KTMB turut menawarkan promosi diskaun perkhidmatan tren ETS sebanyak 15 peratus untuk tarikh tertentu selama 10 hari dari 16 hingga 31 Oktober ini.

KTMB berkata, tawaran itu tertakluk kepada 200 penumpang pertama bagi kadar tambang kategori dewasa untuk mana-mana laluan ETS dan tidak termasuk kelas perniagaan serta terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Kod promo boleh didapati menerusi saluran media rasmi dan laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my manakala pembelian tiket dengan memasukkan kod berkenaan boleh dilakukan melalui laman sesawang, kios  dan aplikasi KTMB Mobile (KITS).

KTMB menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang rasmi atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Gunakan Deepavali Untuk Semai Perpaduan, Santuni Yang Memerlukan - PM

2

Rencana 7 bulan yang lalu

Deepavali; Cahaya Yang Kita Pilih

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad