web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Himpunan Solidariti Bersama Gaza Satukan Pemimpin, Sepakat Menentang Kekejaman Israel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2023 4:53PM

Peserta Himpunan Solidariti Bersama Gaza membakar dua patung dan bendera Israel sebagai simbolik membantah kekejaman Zionis - gambar Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun seringkali bertelagah di pentas politik termasuk di Dewan Negara, keganasan ke atas Palestin ternyata mampu memainkan peranan sebagai medan penyatuan pemimpin negara.

Bertempat di Masjid Negara, Himpunan Solidariti Bersama Gaza hari ini berjaya menghimpunkan barisan pemimpin dari blok kerajaan dan pembangkang, untuk bersama menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Israel.

Anak kecil ini turut menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza - gambar Nooreeza Hashim
Anak kecil ini turut menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza - gambar Nooreeza Hashim

Dihadiri lebih 15,000 peserta, program yang bermula sekitar jam 2 petang itu menyaksikan kesemua pemimpin saling sepakat mendesak sekutu Israel agar menghentikan kekejaman terhadap Palestin dan seterusnya membebaskan negara tersebut.

Antara yang dilihat hadir ialah Menteri Pertanian dan Keterjamiban Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhammad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang menyampaikan ucapan - gambar Nooreeza Hashim
Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang menyampaikan ucapan - gambar Nooreeza Hashim

Pemimpin pembangkang pula terdiri daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam ucapannya, Dr Muhammad Akmal berkata, Malaysia sememangnya menentang sebarang bentuk pencabulan perundangan hak asasi manusia.

“Pihak berwajib perlu segera menghentikan segala bentuk kekejaman, penindasan dan ketidakadilan.

“Nasib Palestin dan penduduknya perlu dibela dan kita wajar memberi sokongan penuh kepada mereka tanpa berbelah bahagi,” katanya.

Dr Muhammad Akmal Saleh (tengah) antara yang hadir untuk memberikan ucapan - gambar Nooreeza Hashim
Dr Muhammad Akmal Saleh (tengah) antara yang hadir untuk memberikan ucapan - gambar Nooreeza Hashim

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, keganasan ke atas Palestin masih berterusan walaupun gerakan membantah kekejaman Zionis diadakan saban tahun.

“Sudah hampir 75 tahun Tanah Gaza dicabul, diserang dan dibedil dengan senjata dan bom rejim zionis sehingga memusnahkan kediaman dan harta benda serta nyawa rakyat tidak berdosa.

“Kita pun setiap tahun berhimpun dan mengemukakan kecaman serta bantahan yang tegas ke atas kekejaman zionis dan mendesak negara-negara dunia mengutuk keras tetapi kita lagi malu kerana ia tetap berterusan tanpa kesudahan,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran