web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Bekas Exco Johor Kekal Bebas Tuduhan Rasuah, Ubah Wang Haram 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 7:58PM

Ahmad Fauzan Abd Latif, 31, (dua, kiri) dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub (empat, kiri), 50, bersama barisan peguam selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepas dan membebaskan mereka atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, enam tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan anak bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi  serta perunding hartanah atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, enam tahun lalu.

Hakim, Noor Hayati Mat membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 7 Ogos 2022.

Dalam penghakimannya, katanya, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ahmad Fauzan Abd Latif, 31, dan Amir Shariffuddin Abd Raub, 50.

Amir Shariffuddin menghadapi 33 pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta sama.

Selain itu, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin masing-masing, turut berdepan empat pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

"Maka, setelah meneliti keterangan kedua-dua dalam pembelaan mereka, saya dapati anggapan di bawah Seksyen 50(1) Akta SPRM telah berjaya dipatahkan oleh mereka. Ahmad Fauzan juga telah mematahkan inferen di bawah Seksyen 4(2) AMLA dan tiada kekhilafan di pihak Hakim Mahkamah Sesyen dalam menerima penjelasan mereka.

"Berdasarkan alasan dan pendapat saya, tiada kekhilafan dari segi undang-undang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dalam membuat keputusan pelepasan ini, maka dengan ini rayuan perayu ditolak dan perintah pembebasan dan pelepasan kedua-dua tertuduh oleh Hakim Mahkamah Sesyen di kekalkan," katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Pengarah Bahagian Perundangan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan barisan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mahadi Abdul Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Zender Lim Wai Keong.

Ahmad Fauzan pula diwakili Datuk Salehudin Saidin, Zulaikha Aini Mohd Khair Johari, Siti Sarah Khalil dan Abd Rahim Ali, manakala Shariffuddin diwakili peguam Ahmad Nur Awalluddin Zakaria, Syahmi Nawawi dan Khairulazwad Sariman.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen telah melepaskan dan membebaskan Amir Shariffuddin, bekas Exco Johor Datuk Abd Latif dan anaknya Ahmad Fauzan di akhir kes pembelaan. 

Rayuan telah difailkan terhadap ketiga-tiga tertuduh namun pada 20 Okt lalu, rayuan terhadap Abd Latif ditarik balik dan pendakwaan meneruskan rayuan terhadap Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin sahaja.

Pada 14 Jun 2017, Abd Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin didakwa atas pertuduhan rasuah dan pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Pada 21 April 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru membuat keputusan melepas dan membebaskan ketiga-tiga mereka selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada 7 November 2021, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengarahkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri itu dengan dua yang lain terbabit untuk membela diri selepas Hakim, Datuk Abu Bakar Katar memutuskan Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam keputusannya itu. - BERNAMA  

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar