web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Pembinaan Jambatan Sungai Sepang Dijangka Bermula Tahun Depan - Aminuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 4:40PM

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Persidangan DUN Negeri Sembilan. gambar FB Datuk Seri Aminuddin Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kerja-kerja pembinaan jalan dan jambatan di Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek, Sepang, Selangor dijangka dimulakan tahun hadapan selepas selesai isu pengambilan tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia termasuk isu membabitkan tanah milik persendirian di negeri ini, selain perlu mendapat persetujuan kerajaan Selangor berkaitan tanah jajarannya yang turut terbabit untuk projek berkenaan.

“Bukan mudah kita nak siapkan jambatan kalau tak disambung dengan jalan sedia ada, selain ada tanah milik orang.. Kerja-kerja pembinaan juga bukan melibatkan Negeri Sembilan sahaja, tetapi Selangor yang juga mempunyai isu pengambilan tanah laluan dan jajaran berkenaan.

“Apabila melibatkan dua negeri, Selangor pun kena buat kerja, Negeri Sembilan pun kena buat kerja..kita nampaknya tak ada masalah, tapi ada kerja-kerja pengambilan tanah yang perlu dilihat, kelulusan telah ada, insya-Allah, tahun depan banyak kerja boleh berjalan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata demikian, bagi menjawab soalan tambahan Yew Boon Lye (PH-Chuah) yang ingin tahu status pembangunan projek itu dan jangkaan pembinaan dimulakan.

Aminuddin berkata, jajaran projek itu juga sudah dipersetujui oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta dibentang dalam Mesyuarat Perancang negeri pada 19 September lepas untuk tujuan pemakluman kepada kerajaan negeri. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata kerajaan akan membina jalan dan jambatan berkenaan, yang membabitkan kos projek RM160 juta, antara lain bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

4

Politik 2 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad