web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Cemas Jika Lihat Pesawat ATM Terbang Rendah - ATM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 8:19PM

Sambutan Hari ATM Ke-90 bakal diserikan dengan persembahan udara. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak cemas sekiranya melihat pesawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbang pada jarak rendah atau terdengar bunyi letupan bermula 13 hingga 15 Oktober depan.

Jurucakap Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, ia adalah sebahagian daripada persembahan udara yang disusun sempena sambutan Hari ATM Ke-90.

“Sambutan dimulakan dengan Perbarisan Tempur Statik dan Demonstrasi Keupayaan ATM, diikuti dengan Karnival Hari ATM 2023 pada 13 hingga 15 Oktober 2023.

“Sewaktu acara sambutan berlangsung, akan terdapat segmen persembahan udara yang melibatkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter milik ATM,” katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu, ia turut disertai demonstrasi melibatkan bahan letupan.

“Latihan atau raptai bagi persiapan acara ini akan bermula dari 5 Oktober.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera akan melaksanakan penerbangan taktikal paras rendah di kawasan tertentu di sekitar Lumut, Manjung dan Sitiawan,” katanya.

Tambah jurucakap tersebut, orang ramai juga dijemput untuk hadir ke Karnival Hari ATM 2023 di Pangkalan TLDM Lumut pada 13 hingga 15 Oktober.

“Pelbagai pameran, demonstrasi dan aktiviti menarik akan disajikan kepada pengunjung, melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara,” katanya. - Getaran, 4 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kisah Truper Indiran Inspirasi Semangat Patriotisme Rentas Kaum

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malek Razak Dilantik PAT Baharu

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sambutan Krismas Meriah Dengan Upacara Keagamaan, Aktiviti Bersama Keluarga

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan Meriah Di Seluruh Negara, Serlah Semangat Patriotik Rakyat

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar