web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korban RM100 Seminggu Demi Pendidikan Anak Bangsa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 8:42AM

Shiemah Jalilun terima sumbangan daripada Nizam Abu Bakar Titingan untuk kegunaan taska KEMAS di Kampung Wakuba, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Guru ibarat pelita hidup, menerangi persekitaran gelap walaupun perlu membakar diri sendiri.

Perumpamaan itu amat tepat, jika digunakan bagi menggambarkan usaha seorang guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (KEMAS) Kampung Wakuba, Shiemah Jalilun yang sanggup membelanjakan lebih RM100 seminggu, semata-mata untuk menyediakan salinan nota dan latihan buat kegunaan 26 muridnya.

Tidak cukup dengan itu, Shiemah turut mengambil inisiatif menghantar sendiri semua salinan berkenaan kepada mereka, walaupun terpaksa memandu hampir 10 kilometer semata-mata mahu memastikan anak didiknya mendapat pendidikan sebaik mungkin.

"Umum mengetahui dalam keadaan tidak menentu sekarang, banyak sesi pembelajaran tergendala dan terpaksa dilakukan di rumah.

"Disebabkan banyak kekangan khususnya berkaitan masalah liputan internet dan ketiadaan gajet, saya mengambil inisiatif membuat salinan enam subjek bagi setiap murid," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Shiemah Jalilun
Shiemah Jalilun

Tambah Shiemah, setiap minggu dia perlu menyediakan salinan itu untuk dihantar secara terus kepada muridnya termasuk mereka yang tinggal di luar Wakuba.

"Masalah timbul apabila ketiadaan mesin cetak sendiri dan semua urusan salinan kerja sekolah pelajar terpaksa dilakukan di kedai berhampiran yang memerlukan perbelanjaan lebih RM100 seminggu.

"Saya terpaksa mengenepikan masalah tersebut kerana pendidikan anak bangsa adalah jauh lebih penting," katanya.

Pengorbanan Shiemah itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang bertindak menyumbangkan sebuah laptop dan mesin cetak kepada tabika berkenaan untuk kemudahan guru dan murid di situ.

Menurut Nizam, sehingga kini lebih 80 laptop sudah diedarkan pihaknya kepada pelajar sekitar DUN Apas, khususnya kepada penuntut universiti dan pra universiti sejak akhir tahun lalu.

"Ia kini satu keperluan khususnya ketika pandemik COVID-19.

"Dalam masa sama, kami turut berusaha mempertingkatkan jaringan internet yang dialami penduduk di sini," katanya.

Nizam berkata, sebanyak sembilan kawasan di DUN Apas dikesan mengalami masalah liputan internet termasuk Kampung Batu Payung, Wakuba, Apas Parit dan Tinagat.

"Saya sendiri secara peribadi sudah menyampaikan masalah ini kepada Kementerian Komunikasi untuk tindakan lanjut.

"Alhamdulillah, menerusi Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), kementerian bersetuju untuk memberi keutamaan kepada kerja menaik taraf dan membina menara komunikasi sekitar DUN Apas," katanya. - Getaran, 25 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar