Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dasar, Pendekatan Baharu Pengurusan Lembangan Sungai Perlu Diwujudkan Segera - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 1:34PM

Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku Tafsir Mawdu’i Sungai: Perspektif Islam Tentang Alam Sekitar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi menangani isu berkaitan kelestarian sungai-sungai, dasar dan pendekatan baharu yang lebih sesuai dengan mengambil kira segala kelemahan dalam aspek pengurusan lembangan sungai perlu dirangka segera, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah selain meneladani negara-negara yang memperlihatkan kejayaan melestarikan sungai secara tuntas, kerangka baharu yang segar, teratur dan lebih berdaya maju diperlukan memandangkan ramai anggota masyarakat masih belum peka dan cakna walaupun pelbagai dasar dan program telah diusahakan. 

"Pelestarian sungai bermaksud kerangka membaik pulih dan menambah baik kualiti air sungai supaya sentiasa bersih dan boleh digunakan. Pelestarian sungai adalah tanggungjawab semua pihak, bukan tanggungjawab yang terbatas atau khusus kepada sesebuah agensi atau badan bukan kerajaan (NGO).

"Tanggungjawab melestarikan sungai perlu diserlahkan dalam bentuk amalan hidup yang mesra alam dan sikap proaktif untuk memberi sumbangan atau bersedia membayar kos yang diperlukan," titah baginda pada majlis pelancaran buku Tafsir Mawdu'i Sungai: Perspektif Islam Tentang Alam Sekitar di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah pelestarian sungai adalah bersifat budaya dan geopolitik serta tidak mungkin berjaya ditangani dengan kerangka lama yang tegar (rigid) dan bersegmen. 

Titah Sultan Nazrin, pendekatan yang lebih bersifat manusiawi perlu ditingkatkan dalam hasrat dan usaha meningkatkan kesedaran dan kesediaan masyarakat untuk melestarikan alam sekitar. 

"Masyarakat perlu diinsafkan bahawa manusia dan alam sekitar saling berkait rapat. Jika bahasa melambangkan bangsa, tahap kesihatan ekosistem sungai menggambarkan ‘hati’ masyarakat setempat. Aliran sungai yang indah amat berkait rapat dengan aliran yang indah dalam hati manusia.

"Pendekatan ‘hardware’ iaitu sains dan teknologi, dan ‘software’ iaitu dasar, undang-undang dan norma tidak lengkap tanpa ‘heart-ware’ iaitu hati, roh atau manusiawi. Roh manusia perlu dibisikkan dengan kesedaran, menginsafkan hati agar terasa berdosa apabila melakukan perbuatan yang mencemarkan alam," titah baginda.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2021 terhadap 670 sungai yang dipantau di Malaysia merekodkan 73 peratus iaitu 489 sungai menunjukkan indeks kualiti air bertaraf bersih, 24 peratus (158 sungai) bertaraf sederhana cemar manakala tiga peratus (23 sungai) bertaraf tercemar.  

Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan pelancaran Buku Tafsir Mawdu'i Sungai, dihasilkan melalui integrasi ilmu oleh dua penulis dalam dua bidang berasingan; Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff dalam bidang pengajian Al-Quran dan As-Sunnah manakala Datuk Seri Dr Zaini Ujang dalam bidang pengajian alam sekitar.  

Buku yang diterbitkan Akademi Jawi Malaysia itu dihasilkan melalui gabungan disiplin ilmu wahyu dengan disiplin pengurusan, disiplin sains dan teknologi berkaitan sungai.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Ketegasan Kerajaan Cegah Rasuah Isyarat Penting Pupuk Persekitaran Perniagaan Telus, Adil - Sultan Nazrin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

Sorotan

1

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

2

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

3

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

6

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Perlu Ada Garis Panduan Pastikan Pokok Berusia Selamat Kepada Orang Awam

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 10 jam yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB