web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Radzi Jidin Nafi Terbabit Rasuah, Bekas Setiausaha Politik Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 6:44PM

Dr Mohd Radzi Jidin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menyangkal tuduhan beliau meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah, melibatkan rasuah berjumlah lebih RM80,000.

Tegas Radzi, satu hantaran yang kini tular di media sosial mendakwa, isterinya, seorang kerabat raja bergelar Tengku bertindak sebagai proksi syarikat dikenali sebagai ATT One & Only Enterprise.

“Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan-tuduhan terkandung di dalam mesej tular tersebut yang mengaitkan saya dan isteri saya dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah adalah tidak benar sama sekali. 

“Isteri saya juga bukan seorang kerabat diraja dan beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan atau kepentingan dalam syarikat yang dinyatakan di dalam mesej yang tular tersebut,” katanya.

Jelas Naib Presiden BERSATU itu, beliau dan isterinya sama sekali tidak memiliki sebarang kaitan dengan semua perkara yang disebut dalam tuduhan berkenaan, dan ia dapat dilihat menerusi carian ke atas syarikat berkaitan. 

“Saya menegaskan bahawa saya tidak pernah meminta atau menerima, sama ada secara terus atau melalui mana-mana orang lain, sebarang rasuah atau suapan daripada sesiapa pun sama sekali.

“Semalam, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap mantan setiusaha politik saya, kononnya atas alasan bahawa saya terlibat dalam perkara ini dan berdasarkan suatu mesej WhatsApp yang tular di sosial media,” katanya.

Bekas Setiausaha Politik Dr Mohd Radzi Jidin antara dua individu ditahan reman oleh SPRM hari ini - gambar BERNAMA
Bekas Setiausaha Politik Dr Mohd Radzi Jidin antara dua individu ditahan reman oleh SPRM hari ini - gambar BERNAMA

Kesal dengan tindakan tersebut, Radzi  yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, ia membuktikan suruhanjaya tersebut sedang bertindak atas arahan pihak atasan kerana insiden di Parlimen pada Selasa lalu.

“Pihak SPRM memberitahu, mesej WhatsApp yang sedang tular ini digunakan semata-mata untuk menjejaskan reputasi dan imej saya dan untuk menindas bekas pegawai saya yang tidak bersalah.

“Perkara-perkara seperti mesej WhatsApp yang tular dan berunsur fitnah jahat tidak sepatutnya dijadikan dasar penyasatan tapa sebarang asas kukuh, khususnya jika pernyataan tersebut dibuat oleh seseorang yang membuat tohmahan melulu secara berselindung,” katanya.

Radzi memberi amaran, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan-tuduhan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM menahan reman dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki itu dipercayai ditahan semalam kira-kira jam 11 malam semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

“Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20an ialah bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan.

“Beliau bersama suspek kedua yang juga pemilik syarikat  berusia lewat 50an dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan tersebut (untuk) meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua,  sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus “ katanya.

Getaran diberitahu, Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah bt Halid membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 26 September, bermula hari ini selepas pihak SPRM membuat permohonan pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya. - Getaran, 23 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Caj Melampau & Terima Ugutan, Pengguna Media Sosial Bimbang Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ibu Muda Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bayi Perempuan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran