web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Tinggalkan Agenda Reformasi - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 8:02AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan senaskah Al-Quran selepas menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York, di sini, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mendakwa bahawa Anwar sudah meninggalkan agenda reformasinya mengenai usaha membanteras rasuah.

“Lihatlah dari sudut positif, seorang ahli dari parti saya sendiri menyuarakan kritikan terhadap saya, ia adalah proses yang sangat demokratik. 

“Kritikannya mengenai isu itu… apa yang anda kira saya perlu lakukan? Adakah saya kemudian mengarahkan sahaja Peguam Negara supaya mengubah keputusannya?” katanya.

Wawancara dengan Amanpour yang berlangsung di New York disiarkan oleh CNN pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Terdahulu, Anwar yang berada di New York sejak Khamis sudah menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78, buat kali pertama sebagai perdana menteri hari ini.

Perdana Menteri juga ditanya mengenai kes mahkamah yang membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa kerana membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor, dan Amanpour turut mempersoalkan sama ada ia sekali lagi bertentangan dengan agenda reformasi yang dijanjikan.

“Sistem raja ada tatacaranya...saya rasa ada keperluan untuk melindungi institusi itu, itulah yang rakyat putuskan sejak negara memperoleh kemerdekaan, itulah sistem yang kami warisi.

“Apabila seseorang itu disifatkan menghina raja, dan pertuduhan itu diputuskan oleh Peguam Negara, saya maksudkan ada undang-undangnya, sehingga kita dapat pinda undang-undang itu - undang-undang itu tetap ada.

Anwar berkata walaupun beliau sendiri dihina setiap hari, tiada sesiapa yang didakwa (dengan pertuduhan menghina).

“Namun apabila anda sentuh mengenai raja-raja, Sultan, kami ada undang-undang (mengenainya).

“Saya tidak boleh dikritik kerana (tindakan) pendakwaan itu, ia keputusan mereka (pendakwa), terutama apabila menyentuh mengenai raja-raja. Jika isunya ialah kritikan terhadap perdana menteri, dan perdana menteri mengambil tindakan, maka ia sah, kritikan anda adalah sah, jika tidak, kita perlu menerimanya,” katanya.

Anwar berkata setakat ini tiada siapa yang didakwa kerana mengkritik perdana menteri atau kerajaan.

Mengenai tindakan kerajaan yang melarang penerbitan yang berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer dan sebagainya (LGBTQ+), seperti isu rampasan jam tangan Swatch oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini, Anwar berkata konsensus ramai mesti dihormati.

“Saya tidak akan mempertahankan tindakan itu, tetapi ia undang-undang… orang Islam, begitu juga orang bukan Islam, (sama ada) Kristian atau Hindu atau Buddha, ada kata sepakat dalam negara mengenainya, mereka tidak menerima ini (LGBTQ).

"Tetapi adakah kita kemudiannya ganggu mereka? Itu perkara lain, saya tidak bersetuju sekiranya ada antara mereka yang diganggu," tambahnya. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad