web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rintis Usaha Damaikan Negara Konflik, PBB Perlu Main Peranan Lebih Agresif - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2023 11:50PM

Perdana Menteri ketika menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan menyeluruh secara lebih agresif, bagi menggerakkan usaha merintis jalan perdamaian untuk semua negara yang dilanda konflik dan krisis kemanusiaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertelingkahan kuasa besar dilihat merajai dunia ketika ini, yang secara sedar atau tidak akan memberi kesan kepada negara lain. 

Menurut beliau, dilema geopolitik serta geostrategi yang melatari senario semasa sering menjadi pemangkin untuk semua kuasa besar itu menonjolkan kegagahan masing-masing dan natijahnya, negara lebih kecil menjadi mangsa. 

“Kuasa besar ini cuba meyakinkan kita (bahawa) tiada kata dua akan diberi tapi hakikatnya untuk sejumlah besar negara, itu (kata dua) adalah satu-satunua pilihan dimiliki. 

“Jika keadaan ini dibiarkan tanpa kawalan, dunia sekali lagi akan menyaksikan rakyat terbiar tanpa pembelaan manakala kuasa besar terus berkuasa,” katanya. 

Anwar menyatakan demikian semasa menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat (AS) hari ini. 

Sesi terbabit dipengerusikan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad. 

Perdana Menteri berjalan kaki menuju ke ibu pejabat PBB untuk menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia - gambar PMO
Perdana Menteri berjalan kaki menuju ke ibu pejabat PBB untuk menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia - gambar PMO

Pada sidang terbabit, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi pendirian tegas Malaysia, yang mengutuk kekejaman serta kezaliman dilakukan rejim Zionis ke atas Palestin. 

Tegas beliau, ketidakadilan terus melanda Palestin walaupun seisi dunia sudah lama bangkit menyuarakan kecaman dan penentangan mereka terhadap penindasan dilakukan Israel. 

“Jelas bahawa semua pencerobohan dan pembinaan penempatan haram itu adalah pencabulan ketara undang-undang antarabangsa, tapi malangnya hipokrasi yang ketara masih menyelubungi isu ini. 

“Pembunuhan penduduk Palestin terus berlaku dan semua ini perlu disuarakan dengan keras oleh masyarakat dunia, apatah lagi apabila mereka pada masa sama, dengan lantang bersuara membela isu pencabulan hak asasi manusia, ketidakadilan dan kezaliman rejim tertentu,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar dengan berani turut menyuarakan penentangan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap pencerobohan dilakukan Rusia ke atas Ukraine. 

Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat - gambar PMO
Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat - gambar PMO

Konflik kedua negara itu jelasnya, perlu diselesaikan menerusi rundingan damai pada kadar segera, kerana implikasi negatif yang terhasil daripada permasalahan itu tersebar meluas ke seluruh dunia. 

“Harga makanan melambung tinggi menyebabkan ada yang berdepan ancaman kebuluran dan keputusan bekalan makanan. 

“Masa tidak lagi menyebelahi kita. Kita tidak boleh memilih hanya negara tertentu untuk dijadikan jiran, tapi kita mempunyai kuasa untuk mewujudkan keamanan dan kedamaian. Malangnya, keamanan tidak akan wujud jika semua negara bertelagah tidak mahu berdamai,” katanya. 

Anwar dalam kenyataan berkenaan turut menyuarakan konflik serantau yang melanda Myanmar ketika ini dan menegaskan, terdapat keperluan kritikal untuk negara itu menguatkuasakan serta merta konsensus lima perkara ASEAN/ 

“Malaysia amat terkejut dengan ketidakstabilan yang masih berterusan di Myanmar ketika ini, pasca rampasan kuasa. 

“Isu terbabit adalah cabaran kemanusiaan terbesar di ASEAN ketika ini, malah keganasan dan kekejaman ke atas rakyat Myanmar melanggar prinsip serta nilai serantau,” katanya. 

Tambah beliau, sokongan badan dunia seperti PBB amat diperlukan dalam menangani konflik seperti ini. 

“Adalah penting untuk mewujudkan tekanan berterusan terhadap junta tentera agar semua kezaliman itu dapat dihentikan,” katanya. - Getaran, 22 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad