web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Untuk Keluarga Raymond Goh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2023 9:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyampai berita Nightline TV3 Muhammad Zaman Goh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Raymond Goh yang meninggal dunia pagi ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran tanah air.

“Seri Paduka baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” demikian menurut catatan itu.

Goh, 62, meninggal dunia pagi ini selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat diserang penyakit angin ahmar dan dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos lepas.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline TV3.

Allahyarham telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan turut menjadi jurulatih untuk pengucapan awam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Paus Francis Bawa Suara Moral, Pendukung Tegar Keamanan’ - Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pak Lah Insan Berperibadi Mulia, Sentiasa Memilih Untuk Berdamai - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad