web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023 Berkuat Kuasa Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 4:02PM

Penguatkuasaan Akta 847 mulai esok membolehkan banduan akhir atau banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup memfailkan semakan hukuman mereka. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 1,020 banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan hukuman penjara seumur hidup kini boleh memfailkan permohonan untuk membuat semakan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini berikutan penguatkuasaan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) bermula esok, 12 Sept, susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai lepas.

Azalina dalam satu kenyataan hari ini berkata Jemaah Menteri pada 30 Ogos lepas telah bersetuju dengan mekanisme pengendalian prosiding mahkamah berhubung semakan hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dicadangkan hasil daripada pelbagai sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan.

Pihak terlibat termasuklah Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPM), Jabatan Penjara Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society (SLS) dan Advocates Association of Sarawak (AAS) bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM).

"Keutamaan kepada pelaksanaan mekanisme ini merangkumi faktor seperti umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan-pertimbangan lain," katanya.

Azalina berkata antara mekanisme yang dipersetujui adalah, bagi banduan yang dikenakan hukuman mati dan tidak berkemampuan untuk melantik peguam bagi mewakili mereka dalam proses semakan hukuman itu, mereka boleh mendapatkan khidmat guaman melalui peguam yang dilantik oleh mahkamah.

Bagi banduan yang dikenakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat pula, mereka boleh mendapatkan khidmat guaman daripada YBGK, katanya.

"Kedua-dua perkhidmatan bantuan guaman yang ditawarkan ini mencerminkan keutamaan dan pendirian kerajaan dalam memastikan keadilan diberikan kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Azalina berkata penguatkuasaan Akta 847 melalui mekanisme yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri mencerminkan komitmen yang tinggi oleh kerajaan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia sejagat.

"Hal ini membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara.

"Malah, ini juga membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan untuk memberi peluang kedua kepada banduan yang dikenakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat untuk kembali kepada masyarakat dan keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka sebagai rakyat biasa," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad