web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM800 Juta Bantuan Segera Atasi Masalah Air Di Kelantan, Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 2:40PM

Bantuan segera berjumlah RM800 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah dalam RMK12. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan akan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM800 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan dan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu adalah bukti bahawa kerajaan tidak melaksanakan dasar pilih kasih dan tidak sesekali memandang mudah masalah yang dihadapi rakyat.

"Kerajaan tidak sesekali akan berlengah untuk menyelesaikan gangguan bekalan air yang dihadapi oleh rakyat.

“Ini dibuktikan dengan langkah terbaru kerajaan yang bersetuju menyalurkan bantuan segera sebanyak RM800 juta iaitu sebahagian daripada kos keseluruhan yang mencecah RM5 bilion bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan menstruktur semula model industri air di seluruh negara menjadikan sistem air di Malaysia lebih mampan dan bersifat holistik.

Susulan daripada itu,beliau berkata, kerajaan telah memberikan komitmen untuk membiayai projek tebatan banjir dengan kos mencecah hampir RM22 bilion.

Kerajaan juga akan menubuhkan Pusat Bencana Geologi Negara pada akhir tahun ini yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tindak balas terhadap bencana.

"Keperluan peruntukan yang begitu besar bagi mengatasi masalah rakyat ini memberikan kewajaran untuk kerajaan menguruskan isu air dan banjir secara holistik dan bersepadu.

"Bagi memantau tahap keberkesanan sistem amaran awal bencana tsunami, banjir dan tanah runtuh misalannya, Pusat Bencana Geologi Negara akan ditubuhkan pada akhir tahun ini,” katanya.

Anwar berkata, penubuhan pusat itu bertujuan meningkatkan kecekapan tindak balas bencana demi memastikan keselamatan rakyat. – Getaran, 11 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad