web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes 23 Penghuni Tahfiz Mati Terbakar : Mahkamah Tolak Rayuan Pemuda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 1:04PM

Rayuan seorang pemuda untuk mengetepikan sabitan membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2012 ditolak Mahkamah Rayuan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang pemuda kekal ditahan di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan membunuh 23 mangsa dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 2017.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan pemuda berumur 22 tahun itu selepas mendapati dapatan salah oleh Mahkamah Tinggi yang dikenakan terhadapnya itu adalah selamat dan seharusnya dikekalkan.

Sementara itu, panel yang sama menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan seorang lagi remaja, juga berusia 22 tahun terhadap tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Che Mohd Ruzima yang membacakan keputusan, berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah kuat dan menuding kepada satu arah iaitu remaja berkenaan telah memanjat belakang pagar sekolah berkenaan bersama-sama dengan seorang lagi yang tidak dikenal pasti untuk menyebabkan kebakaran di sekolah tersebut iaitu 23 orang terkorban.

Beliau berkata tiada sebab bagi mereka untuk mengusik keputusan Mahkamah Tinggi.

Pemuda itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana membunuh 23 individu dalam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berusia 16 tahun ketika kejadian itu bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad