web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Telco Tandatangani Perjanjian Mengenai Pemilikan Ekuiti DNB Dalam Masa Terdekat – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 8:35AM

Fahmi ketika menghadiri Festival Sungai Klang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini dijangka menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) mengenai pemilikan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh dapat dipercepatkan dengan penglibatan telco dalam SSA syarikat yang ditubuhkan kerajaan bagi memacu pembangunan rangkaian 5G negara.

Katanya, liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah mencecah 68.8 peratus setakat 31 Ogos lepas, dan dijangka mencapai 80 peratus menjelang hujung tahun ini.

“Paling lewat (untuk mencecah 80 peratus) mungkin pada Januari (tahun hadapan) jika semua berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang, di sini hari ini.

Pada 21 Julai lalu, Fahmi berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan rundingan pemilikan saham dalam DNB, sekali gus menyokong pembangunan rangkaian 5G negara.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengingatkan semua pihak untuk tidak menggunakan retorik yang menyentuh sensitiviti 3R iaitu agama, bangsa dan institusi diraja ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai nanti.

Katanya, keputusan PRK bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, memihak kepada gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), yang memenangi kedua-dua kerusi itu, menunjukkan retorik sedemikian tidak lagi diterima pengundi.

“Sudah-sudahlah memainkan retorik perkauman sempit. Kita fokus kepada perpaduan dan usaha membangunkan negara,” katanya.

PRK DUN Pelangai diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Pahang, akibat nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini, manakala 3 Okt sebagai hari mengundi awal dan penamaan calon pada 23 Sept ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad