web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Di Setiap Negeri, Daerah Tingkat Penghayatan Penubuhan Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 12:29PM

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. gambar JAPEN Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hari Malaysia wajar disambut di peringkat negeri dan daerah di seluruh negara pada 16 September setiap tahun bagi membolehkan penghayatan dan meraikan penubuhan Persekutuan Malaysia lebih terangkum, menurut ahli akademik.

Ketua Program Sejarah Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Suffian Mansor berkata sambutan Hari Malaysia perlu ditekankan dalam kalangan rakyat kerana ia adalah satu daripada peristiwa bersejarah penting bagi negara.

"Atas semangat itu, sambutan Hari Malaysia boleh mengukuhkan integrasi nasional negara supaya rakyat sedar bahawa merdeka itu bukan setakat Tanah Melayu tetapi juga Sabah dan Sarawak," katanya kepada Bernama.

Suffian berkata ramai tidak memahami apa itu Hari Malaysia, memandangkan ada dua tarikh utama berbeza muncul dalam kalendar iaitu 31 Ogos bagi sambutan Hari Kebangsaan dan 16 September bagi sambutan Hari Malaysia.

“Ini kerana pada hari ini pemahaman dan penghayatan kedua-dua tarikh itu bersifat terpisah dan akibatnya mereka hanya memahami satu sahaja hari kebesaran iaitu Hari kebangsaan. Oleh itu, bulan kemerdekaan akan datang perlu menunjukkan bagaimana kemerdekaan Tanah Melayu telah membawa kepada pembentukan Malaysia,” katanya.

Suffian mencadangkan supaya pemahaman dan penghayatan yang betul mengenai Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan bermula dari sekolah melalui pembelajaran sejarah yang perlu diperkasakan dengan melihat kedua-dua tarikh itu mempunyai kesinambungan.

Selain itu, katanya, penekanan perlu diberi kepada usaha memperkasakan maksud Hari Malaysia antaranya dengan menonjolkan peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan tokoh Sarawak dan Sabah yang menjayakan pembentukan Malaysia.

Sementara itu, pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Dr Al-Amril Othman berkata tarikh 16 September juga dianggap penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh rakyat kerana ia berjaya merangkumi wilayah Sabah dan Sarawak ke dalam satu gagasan negara.

"Ia memberi manfaat dan mengintegrasikan Sabah dan Sarawak serta Semenanjung dalam satu agenda pembangunan yang lebih komprehensif demi kelangsungan sebuah negara bangsa Malaysia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 9 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

2 tahun yang lalu

Hayati Semangat Hari Malaysia, Semai Rasa Cinta Kepada Negara, Perteguh Perpaduan  

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sambut Hari Malaysia Bersama K-Clique Di Legoland Esok!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jualan Rahmah Sempena Hari Malaysia Pada 15, 16 September 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad