web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPJ Sita 45 Motosikal Dalam Operasi Khas Di Butterworth

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 11:45AM

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasaan Ops Khas Motosikal di beberapa lokasi terpilih bagi memantau penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 45 motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, yang bermula awal hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata operasi bermula pada 1 pagi hingga 6.30 pagi itu turut mengeluarkan 450 notis saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata operasi dijalankan di kawasan itu selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan kegiatan lumba haram.

"Motosikal yang kita (JPJ) sita dan keluarkan saman kebanyakannya milik kalangan mat rempit. Antara kesalahan dilakukan ialah ubah suai motosikal sehingga berbahaya kerana telah kurangkan tahap keselamatan motosikal seperti pengubahsuaian ekzos, tiada brek belakang dan penggunaan tayar ‘sotong' semata-mata meningkatkan kapasiti kelajuan,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.

Menurut Lokman, hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang terlibat dalam lumba haram itu berusia 15 hingga 30 tahun malah ada dalam kalangan mereka sanggup berbelanja RM1,000 hingga RM5,000 untuk mengubah suai motosikal.

Beliau berkata operasi itu bukan bertujuan menghukum sebaliknya bagi memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan jalan raya khusus dalam kalangan penunggang motosikal.

Dalam operasi sama, seorang gadis turut merayu kepada pihak JPJ agar tidak menyita motosikal Yamaha Y15 milik teman lelakinya yang ditunggangnya tanpa lesen, kerana dia menunggang motosikal tersebut tanpa pengetahuan lelaki itu yang sedang menghadiri acara permotoran di Terengganu.

Gadis tersebut yang bekerja sebagai jurujual, menaiki motosikal itu bersama rakannya dari Sungai Petani, Kedah ke Butterworth untuk makan di kawasan tersebut.

Selain motosikal disita, gadis berusia 19 tahun tersebut turut dikenakan empat notis saman membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan, tiada insurans selain mengubah suai motosikal secara keterlaluan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad