web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DPT Jun 2023 Catat Pertambahan 38, 491 Pengundi Berumur 18 Tahun Ke Atas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 9:36PM

SPR.- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2023 (DPT BLN6/2023) telah diperaku semalam mencatatkan pertambahan seramai 38, 491 pengundi berumur 18 tahun ke atas.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun 2023 itu diwartakan pada hari ini,

Beliau berkata, terdapat tiga kategori daftar pengundi yang dikemas kini oleh SPR termasuk pengundi 18 tahun, pengundi bertukar bahagian, dan juga pengundi bertukar status.

"Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2023 (DPT BLN6/2023) telah diperaku pada 7 September 2023 dan diwartakan pada hari ini 8 September 2023.

“DPT BLN6/2023 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 8 September 2023 hingga 7 Oktober 2023.

"DPT BLN6/2023 ini mengandungi 38,491 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu; 8,568 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,200 pemilih bertukar status atau kategori pengundi," katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ikmalrudin berkata, warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan juga mana-mana pengundi yang telah memohon untuk membuat pertukaran bahagian atau status pengundian boleh melakukan semakan ke atas permohonan tersebut.

Katanya, semakan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian dan tuntutan juga boleh difailkan sekiranya pengundi mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN6/2023.

Perkara yang sama turut terpakai bagi pengundi yang ingin melakukan bantahan ke atas kemasukan nama pemilih di mana-mana bahagian terlibat.

"Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN6/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

"Selain itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

"Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN6/2023," katanya.
Ikmalrudin berkata, mana-mana pengundi yang berhasrat untuk membuat semakan boleh melakukan melalui lima kaedah yang disediakan oleh SPR.

Ini termasuk semakan melalui portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my atau portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

Bagi aplikasi dalam talian pula, semakan boleh dilakukan di pautan https://myspr.spr.gov.my, atau aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau melalui Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218. – Getaran, 8 September 2023

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad