web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rombongan Agong Disambut 10,000 Rakyat Di Lawas, Mulakan Penjelajahan Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 8:50AM

Perjalanan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mencecah hampir 1,000 kilometer apabila tiba di Lawas, bandar paling utara di Sarawak, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAWAS - Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di sini malam tadi sekali gus menandakan permulaan penjelajahan bagi peringkat Sarawak.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada kira-kira 8 malam disambut oleh Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pasangan diraja itu diiringi Menteri Pengiring Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Timbalan Perdana Menteri, menerima sambutan sangat meriah oleh kira-kira 10,000 rakyat di Lawas yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan merakamkan gambar kenangan bersama baginda berdua.

Dalam titah ringkas Al-Sultan Abdullah, baginda menzahirkan rasa terharu dengan sambutan hangat rakyat di bandar paling utara di Bumi Kenyalang itu.

Awang Tengah, dalam sembah aluannya sebelum itu, turut berkongsi sejarah keberangkatan ayahanda Al-Sultan Abdullah iaitu Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke Ba’Kelalan, sebuah kawasan dataran tinggi di pedalaman Lawas pada 1982 sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ketujuh.

Beliau turut mempersembah projek pembangunan yang giat dilaksana di daerah agak terpencil itu berbanding bahagian lain di Sarawak dengan kedudukannya yang diapit Brunei Darussalam di selatan, wilayah Kalimantan di timur dan Sabah di utara.

Persinggahan singkat rombongan diraja itu turut memberi peluang kepada suku kaum tempatan di Lawas yang terdiri daripada Melayu, Kedayan, Lun Bawang, Cina, Tagal dan Iban untuk membuat persembahan kebudayaan mereka. 

Konvoi baginda berdua kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan melalui Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien sepanjang 30 kilometer dan akan berada di ibu negara Brunei Darussalam itu hingga esok.

Pada Sabtu, kembara itu akan memasuki semula Sarawak menerusi Miri di mana beberapa acara sambutan turut dirancang sebelum ia bergerak ke Bekenu dan Bintulu pada keesokan harinya.

Kembara Kenali Borneo turut melibatkan persinggahan di Sibu, Sri Aman dan Kuching sebelum dilengkapkan dengan perjalanan ke Telok Melano, Lundu di selatan Sarawak pada 13 Sept ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad