web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Beri Kenyataan Palsu Kematian Haziq Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 2:19PM

Seorang wanita memohon maaf selepas mendakwa vaksin Astra Zeneca boleh membekukan darah di jantung, sekali gus dikaitkan sebagai punca kematian pemanah negara. - Gambar Instagram

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita yang mendakwa vaksin COVID-19 keluaran Astra Zeneca boleh membekukan darah di jantung, sekali gus mengaitkan ia sebagai punca kematian pemanah nasional, Haziq Kamaruddin tampil memohon maaf, hari ini.

Dalam satu hantaran di Instagram, Nur Aqila Mohamad Yusri, mengaku memberikan kenyataan palsu berhubung vaksin AstraZeneca yang didakwa sebagai punca kematian Haziq pada 14 Mei lalu.

“Dalam pada itu saya juga ingin memohon maaf mengenai kenyataan saya yang melibatkan Subang Jaya Medial Centre, Dr. Vigneswaren serta mama saya, Rohayah Hussin.

“Saya mengetahui kesilapan saya mengenai pendapat saya telah menimbulkan salah faham kepada semua pihak. Saya salah faham dengan kenyataan Doktor mengenai kelebihan dan keburukan vaksin kepada setiap individu,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Nur Aqila turut mengakui bahawa semua kenyataan itu adalah pendapat peribadi dirinya sendiri yang kurang arif dengan dunia perubatan.

“Saya berterima kasih kepada pihak-pihak yang menegur saya secara berhemah,” akuinya.

Pada 15 Mei lalu, Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan bahawa kematian Haziq adalah berpunca daripada komplikasi salur darah jantung yang tersumbat, akibat perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Pemanah berasal dari Johor itu pernah mewakili negara ke temasya Olimpik sebanyak dua kali, iaitu pada edisi London 2012 serta Rio 2016 di Brazil.

Dalam pada itu, polis membuka kertas siasatan terhadap individu yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai kematian Allahyarham Haziq yang didakwa meninggal dunia akibat pengambilan suntikan vaksin Astrazeneca.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata siasatan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang pelajar perempuan pada Sabtu lepas yang melihat sebuah rakaman video dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram.

Beliau berkata video berdurasi tiga minit 34 saat itu, memaparkan dakwaan seorang wanita mengenai kematian Haziq disebabkan saluran darah tersumbat akibat pengambilan vaksin Astrazeneca dan melemparkan tuduhan terhadap Kementerian Kesihatan kerana menyembunyikan punca kematian sebenar serta melaporkan jumlah kes positif tidak tepat. - Getaran, 24 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar