web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Siasat Jasmine Loo Berkaitan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 7:30PM

Tan Sri Azam Baki ketika merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di Sepang. - gambar SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah serta aktiviti pengubahan wang haram, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata pegawai penyiasat SPRM telah mengambil keterangan Loo, yang kini dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak Isnin lepas (4 Sept) bagi siasatan kes berkenaan.

“Dia (Loo) dalam siasatan kami (SPRM), kami siasat beliau berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

 Pada Isnin lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dua lukisan pelukis terkenal Pablo Picasso, jam tangan mewah serta kondominium mewah di London, Amerika Syarikat dan Switzerland, adalah antara aset yang dirampas daripada Loo.

Menurut Ayob Khan, aset dengan jumlah keseluruhan RM93.2 juta itu dipercayai diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Polis juga telah merampas pelbagai barangan bernilai RM625,500 dari sebuah kondominium di Bukit Damansara yang dijadikan lokasi menyimpan aset yang diperoleh hasil penyelewengan dana 1MDB oleh Loo.

Loo ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 7 Julai lepas dan beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama membantu siasatan polis dalam kes berkaitan 1MDB, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azam berkata SPRM dan PDRM akan terus berusaha mendapatkan aset-aset daripada 1MDB sebaik dikenal pasti.

“Setakat ini, itu adalah penemuan polis dan SPRM mengenai wang dan aset yang diterimanya (Loo). Polis dan SPRM sedang berusaha untuk mendapatkan semua aset dan wang itu,” katanya.

Ditanya adakah usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semakin hampir selepas pihak berkuasa menahan Loo, Azam berkata: "Saya tidak pasti tetapi jika anda tanya pandangan saya...belum lagi."

Mengenai siasatan terhadap pegawai PDRM yang disyaki merasuah ahli patologi dalam urusan ujian saringan air kencing di Johor, Azam berkata siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM.

“Sekarang apa dilakukan IO ialah teliti setiap kenyataan daripada mereka yang ditahan, kita nak tengok apa kaitan dengan pihak memberi,” katanya.

Pada 30 Ogos lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan SPRM di Muar, Johor berhubung kes berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad