web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Singapura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 1:18PM

Tharman Shanmugaratnam dipilih sebagai Ketua Negara baharu Singapura selepas memenangi pilihanraya Presiden dengan majoriti yang ketara pada Jumaat. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam yang berjaya memenangi pilihan raya Presiden Singapura, Jumaat lalu.

Beliau turut mendoakan supaya hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Perdana menteri turut mengharapkan Singapura terus makmur dan sejahtera di bawah kemudi Tharman.

“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baharu Republik Singapura!” katanya dalam catatan di media sosialnya.

Dalam pilihan raya itu, bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura itu menerima 70.4 peratus undi sementara bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd, Ng Kok Song (15.72 peratus) dan bekas Ketua Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd, Tan Kin Lian (13.88 peratus).

Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019 dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.

Peranan lain beliau termasuklah Pengerusi Pihak Berkuasa Kewangan Singapura antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad