web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Maut Kemalangan 3 Kereta Di Kota Tinggi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:27PM

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM50.1, Lebuh Raya Senai Desaru, Kota Tinggi - gambar BOMBA-BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua wanita dan seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM50.1, Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan 1 KUP Izwani Abd Hamid berkata kejadian pada 1.43 tengah hari itu mengorbankan tiga mangsa yang menaiki Perodua Bezza.

"Kesemua yang meninggal dunia ialah Nurul Afrahrina Sazli, 19; Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19; dan Iqbal Faiz Mat Sah, 20 tahun.

"Seorang lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama, dikenali sebagai Izznur Harith, 19, cedera parah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan, kesemuanya berusia antara 11 hingga 51 tahun yang menaiki kereta Toyota Innova hanya mengalami cedera ringan manakala seorang lelaki berusia 50 tahun yang memandu kereta Volkswagen, selamat.

“Seramai enam anggota dari BBP Bandar Penawar dan sembilan dari BBP Pasir Gudang dengan dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Sebaik tiba, ada mangsa yang tersepit, dibantu oleh pasukan keluaran operasi untuk dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Beliau berkata kesemua mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut manakala operasi berkenaan ditamatkan pada 3.50 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 51 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad