web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Golongan Muda Dipelawa Sertai Temu Anwar Di Jakarta Pada 5 September

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 3:25PM

Poster program Temu Anwar yang dikongsi menerusi Facebook Anwar Ibrahim hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Temu Anwar, sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat julung kali akan diadakan di luar negara pada Selasa depan (5 Sept) di Jakarta, Indonesia.

Anwar, menerusi catatan di Facebook hari ini mengajak orang ramai untuk hadir ke acara itu yang akan diadakan di Redtop Hotel & Convention Centre, Jakarta mulai 7 malam.

“Saya jemput semua, termasuk mahasiswa dan anak muda untuk ikut serta bersama saya dan selebritas (selebriti) terkenal Indonesia saudara Raffi Ahmad dan isteri saudari Nagita Slavina.

“Saya amat berharap dapat bertemu dengan seramai mungkin sahabat dari Indonesia, selain mahasiswa dan rakyat Malaysia di Indonesia,” menurut catatan itu.

Temu Anwar diadakan dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung di Jakarta dari 5 hingga 7 Sept.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Temu Anwar diadakan khusus bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda untuk mengutarakan soalan secara langsung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 50 minit yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad