Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agong Titah Semua Pihak Tumpu Pelaksanaan Pembaharuan Ekonomi, Tingkat Daya Saing

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 12:18PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Timbalan Gabenor, Datuk Jessica Chew Cheng Lian di Istana Negara, semalam. gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pihak supaya terus memberi tumpuan terhadap pelaksanaan pembaharuan struktur ekonomi dan meningkatkan daya saing bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih inklusif, kukuh dan mampan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan supaya ekonomi negara terus berkembang dan berdoa rakyat terus dilimpahi rezeki yang lebih baik.

“Seri Paduka Baginda telah mengambil maklum keadaan ekonomi Malaysia yang berkembang pada kadar 4.2 peratus pada separuh pertama 2023 meskipun berdepan persekitaran pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan yang lebih perlahan.

“Perkembangan ini disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh berikutan pasaran pekerja dan pendapatan yang lebih baik, di samping pelaksanaan projek pelaburan baharu dan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa kadar pengangguran juga sudah menurun kepada 3.4 peratus pada bulan Jun 2023, manakala inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus menurun pada suku kedua tahun ini.

Menurut Zahari, Al-Sultan Abdullah juga memberi perhatian kepada perkembangan sektor kewangan Islam yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan perkembangan sosioekonomi negara serta menzahirkan rasa syukur terhadap perkembangan inisiatif iTEKAD dalam membantu golongan rentan.

Setakat ini, iTEKAD yang mendapat sokongan 11 institusi kewangan dan hampir 60 rakan pelaksana sudah memanfaatkan 3,000 usahawan mikro berpendapatan rendah terutamanya golongan asnaf.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima menghadap dan sembah taklimat berhubung perkembangan semasa ekonomi negara daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Timbalan Gabenor, Datuk Jessica Chew Cheng Lian di Istana Negara.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima sembah taklimat berkaitan kestabilan nilai ringgit, keadaan inflasi, kemajuan ekosistem kewangan Islam, pengantaraan berasaskan nilai dan program kewangan sosial, khususnya program iTEKAD. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Tinjau Daerah Mersing Dari Udara, Ingatkan Tanggungjawab Jaga Kebersihan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Politik 11 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran