web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Golongan Pertengahan, Sektor PKS Antara Fokus Utama Belanjawan 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2023 5:38PM

Steven Sim Chee Keong. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan pada bulan Oktober depan akan memberi fokus dalam memperkasa serta memperkukuhkan golongan pertengahan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata ia kerana golongan pertengahan adalah kumpulan masyarakat yang paling banyak terjejas semasa pandemik.

"Justeru, salah satu fokus utama dalam Belanjawan 2024 adalah untuk memperkasakan golongan kelas pertengahan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup mereka.

"Seterusnya adalah memperkasa PKS daripada segi meningkatkan pendapatan perniagaan kerana kita tahu sektor ini boleh menjana pekerjaan serta pendapatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Belanjawan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Sim berkata salah satu strategi kerajaan persekutuan adalah meletakkan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menjana jumlah pelaburan negara kerana sebelum ini terdapat banyak keluhan daripada usahawan tempatan yang menganggap diri mereka berada pada kelas kedua berbanding Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Sementara itu, apabila ditanya mengenai cukai barangan mewah, beliau berkata pihak kerajaan akan mengadakan dialog bersama pemegang taruh untuk membincangkan perinciannya sebelum membuat sebarang pengumuman lanjut.

"Segala perincian termasuk nilai ambang (threshold) harga barangan mewah yang akan dikenakan cukai juga akan dibincangkan. Hanya selepas dialog perbincangan kita akan buat pengumuman seterusnya," katanya.

Terdahulu, Sim dalam ucapannya pada majlis itu berkata Belanjawan 2024 akan mendukung Malaysia menggapai wawasan Ekonomi MADANI, iaitu mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi dan meningkat kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

Misi kerajaan akan memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi, kemampanan fiskal, daya saing dan penyerantauan, tatakelola yang baik, pertumbuhan inklusif, pekerjaan dengan gaji bermakna serta kesaksamaan peluang.

Pulau Pinang merupakan negeri ketiga untuk Program Jelajah Belanjawan 2024.

Kementerian Kewangan akan meneruskan program berkenaan ke semua negeri di Malaysia, ia dijangka berakhir pada 22 September ini.

Program itu diadakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan keperluan setiap sektor untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024. -BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad