web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Segulai Sejalai’ Intipati Makmurkan Malaysia, Rakyat Perlu Saling Melengkapi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 1:56PM

Antara kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini. gambar JAPEN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta bergerak seiring dan sejalan dalam memastikan perpaduan serta kemakmuran negara dapat dicapai. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata itu adalah intipati diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur.

"Dalam meraikan kepelbagaian, kita hidup bersatu padu, menghargai keunikan budaya, kepercayaan dan etnik yang ada di negara kita, menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur. 

"Kita saling melengkapi antara satu sama lain, dalam simfoni ikatan harmoni. Berakar umbi daripada legasi merdeka, perpaduan ini memaknai hubungan kukuh yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. ‘Segulai Sejalai’ (Seiring Sejalan) kita memandang ke hadapan, melukis potret kemajuan di mana kemakmuran dan perpaduan bersatu," katanya menerusi hantaran di Faecbook.

Mengambil semangat kemerdekaan Malaysia ke-66, Timbalan Perdana Menteri pertama dari Borneo itu berkata, perjuangan tokoh terdahulu harus dihargai dan diingati. 

Jelasnya, jerih perih pimpinan terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara telah menjadi tunjang pembentukan jati diri bangsa Malaysia. 

"Merdeka harus sentiasa tersemai dalam setiap jiwa kita, bagi memperingati legasi dan warisan tokoh-tokoh seperti Almarhum ayahnda saya Yusuf Merais, antara yang berjuang dengan semangat waja penuh pengorbanan serta keazaman tanpa mengenal titik henti. 

"Bersama rakan seperjuangannya Rosli Dhobi, mereka gigih mengukir sejarah kemerdekaan negara, sebagai sebuah kisah yang penuh dengan curahan keringat, pengorbanan dan keberanian,” katanya.

Jelas Fadillah, perjuangan serta pengorbanan mereka yang terdahulu telah membentuk jati diri bangsa sehingga ke hari ini. 

“Cahaya Merdeka yang menyala dalam jiwa kita adalah warisan daripada mereka yang merupakan sumber semangat yang mampu kita abadikan dalam setiap usaha kita sehingga kini," katanya.

Rakan sejawatan dalam Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, meskipun rentak dan irama lagu kemerdekaan kini sudah berbeza, ia tidak mengubah semangat cintakan negara.

Seiring dengan Tema Kemerdekaan tahun ini iaitu 'Malaysia Madani, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan', Zahid berkata, apa yang penting adalah mencapai semangat patriotisme tanpa mengira perbezaan dari segi kaum atau ideologi politik. 

"Dulu detik sebegini diraikan dengan menyanyi lagu kemerdekaan seperti Tanggal 31 Ogos, Warisan, Bahtera Merdeka dan seumpamanya. Tetapi sekarang saya tengok anak muda menyanyi lagu dengan citarasa mereka seperti Standing in The Eyes of The World yang dinyanyikan oleh Ella dan lagu Negaraku yang Faizal Tahir nyanyikan. 

"Walaupun kita berlainan era, rentak dan selera nyanyian juga berbeza, tapi matlamat kita tetap sama. Kita mahu mempertahankan apa yang telah dicapai selama ini melalui semangat patriotisme dan persefahaman, tanpa mengira latar belakang bangsa dan ideologi politik," katanya.

Berkongsi semangat kemerdekaan yang sama, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini adalah masanya untuk semua rakyat memahami perlembagaan Malaysia. 

Menurut beliau, Perlembagaan Negara adalah asas kepada sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak 1957.

"Sistem ini membawa kepada Pengasingan Kuasa Badan Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

"Justeru saya ingin mengajak kita semua untuk bersama menghayati kepentingan dan maksud hakiki Perlembagaan Malaysia ini. Marilah kita bersama melaksanakan kehendak Perlembagaan Malaysia agar negara terus kukuh, aman dan progresif," katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berlangsung di Putrajaya dengan tema 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

Memasuki edisi kelima penganjuran di Putrajaya, pelbagai persembahan, pertunjukan udara dan perarakan disajikan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat. - Getaran, 31 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Teruja Sambut Hari Kebangsaan, Orang Ramai Mula 'Berkampung' Sejak Malam Tadi 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Bermula

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aset Negara Berarak Gagah, Miliki Peminat Tersendiri

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad