web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 12:42PM

gambar FB JAKIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Majlis Iftar MADANI anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan esok bersempena dengan cuti Nuzul Quran.

Bertempat di Bulatan Dataran Putra di sini, JAKIM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan majlis yang diadakan bermula jam 5.30 petang akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.

Menurut JAKIM, orang ramai yang menghadiri majlis iftar yang julung kali diadakan itu, berpeluang berbuka puasa beramai-ramai secara santai dan duduk bersila bersama-sama dengan Perdana Menteri.

"Objektif majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan persaudaraan dan kebersamaan masyarakat melalui perkongsian rezeki, sekali gus dapat bersama-sama berbuka puasa dengan Perdana Menteri.

"Selain itu juga, ia membuka ruang kepada agensi kerajaan bersama Perdana Menteri untuk mendekati, menyantuni serta merasai kondisi pelbagai lapisan rakyat di negara ini di samping menyuburkan semangat rahmah dan perpaduan di negara ini," menurut kenyataan itu.

Menurut JAKIM, antara acara menarik bersempena dengan Majlis Iftar MADANI adalah penampilan istimewa persembahan nasyid daripada Kumpulan Zawfan dan Awla, Tazkirah Santai Ustaz Norazam Bahadur dan Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee dan Tausiyah Ramadan Ustaz Abdul Hadi Bakri, Ketua Sekretariat Duat Al Falah.

Sehubungan itu, JAKIM menjemput orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir memeriahkan lagi majlis berkenaan.

"Bagi memastikan keselesaan orang awam yang hadir, bas ulang-alik disediakan di check point Hentian Suasana PJH ke Masjid Putra dan kenderaan boleh diletakkan di kawasan parkir di Suasana dan CIMB Presint 2 (Selatan) serta di kawasan parkir berhampiran Kompleks Pejabat Perdana Menteri (B13) yang mencukupi," menurut kenyataan itu.

Program Majlis Iftar MADANI adalah anjuran bersama JAKIM dan Perbadanan Putrajaya serta kerjasama dengan 14 agensi agama Persekutuan dan rakan-rakan strategik lain, termasuk Tenaga Nasional Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan dan Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Teruja Sambut Hari Kebangsaan, Orang Ramai Mula 'Berkampung' Sejak Malam Tadi 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Bermula

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad