web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waris Dua Lagi Mangsa Nahas Pesawat Diziarahi Setiausaha Politik PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 12:42PM

Ahmad Farhan melihat gambar keluarga Muhamad Hafiz di rumah keluarganya di Kedah. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi menziarahi waris kepada dua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ahmad Farhan berkesempatan menziarahi ibu bapa penunggang p-hailing Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh di Taman Sidam Kiri, Kedah semalam.

Pada pertemuan itu, bapa Muhamad Hafiz, Muhamad Saleh Othman, 57, memaklumkan Allahyarham sepatutnya pulang untuk bersama-sama meraikan hari perkahwinan adiknya dan pemergiannya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga.

Anwar berkata Ahmad Farhan turut bertemu balu Allahyarham Shaharul Amir Omar, iaitu Suhaila Akasha, 46, di Lumut, Perak semalam.

"Mendoakan keluarga yang terlibat dikurniakan kecekalan serta kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian. Saya yakin ujian ini bukan sembarangan malah besar kesannya kepada sanubari mereka yang terkesan.

"Semoga roh mangsa nahas kesemuanya diberikan tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa dan diampun segala dosa mereka, Insya-Allah," kata Anwar.

Pada 17 Ogos, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat itu, manakala dua lagi  orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing, yang menggunakan lebuh raya berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

4

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

5

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

6

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar