web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahmi Kongsi 10 Pengumuman Penting Kerajaan Perpaduan Minggu Lepas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 8:43AM

Fahmi Fadzil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkongsi 10 pengumuman penting yang diumumkan Kerajaan Perpaduan sepanjang minggu lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata ia melibatkan kelulusan pemasangan unit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Perak.

Selain itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan geran kepada usahawan mikro yang dinaikkan kepada RM10 juta, peruntukan RM10 juta untuk bimbing B40 bandar berniaga sementara Skim Perubatan MADANI diperluaskan ke tujuh daerah baharu.

Bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini pula, bas percuma akan disediakan dari stesen MRT Putrajaya ke Dataran Putrajaya.

Turut diumumkan adalah projek Perintis Mini Sekinchan untuk menghasilkan 10.45 tan padi sehektar,  peruntukan tambahan RM30 juta untuk naik taraf laluan Gerik-Jeli dan peruntukan RM2 juta untuk naik taraf Zoo Johor.

Dalam pada itu, sebuah sekolah daif di Bangi telah siap ditambah baik manakala aplikasi MYJalan dilancarkan untuk memudahkan aduan kerosakan jalan raya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek