web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Kebangsaan Sambutan Negara, Tak Patut Ada Perbezaan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 9:58PM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Hari Kebangsaan adalah sambutan peringkat negara dan tidak sepatutnya ada perbezaan untuk meraikannya di peringkat negeri.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan berkata empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk memperingatinya di peringkat negeri, Fahmi berkata perbezaan akan mewujudkan satu suasana yang kurang bersatu padu.

“Saya minta perkara ini diteliti dan kita ingin bersatu padu...masa untuk berpolitik telah tamat dengan selesainya Pilihan Raya Negeri (PRN)," katanya kepada media selepas melancarkan kempen Astro #DemiNegaraku dan Home of Kids, di sini hari ini.

Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN hari ini, iaitu 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera'.

Fahmi sebelum ini mengumumkan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.

Menurut Fahmi rakyat Malaysia kini seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan sebagaimana semangat mengangkat bendera parti politik masing-masing ketika berlangsungnya kempen Pilihan Raya Negeri, pada 12 Ogos lepas.

"Sekarang kita fokus membangunkan Malaysia, bersatu padu dan agenda lain diketepikan sementara. Tunggu empat tahun lagi," katanya.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia bukan sahaja untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara fizikal tetapi menukar avatar kepada Jalur Gemilang di aplikasi media sosial masing-masing agar sambutan HKHM diraikan secara meriah menerusi platform secara dalam talian.

Media juga katanya memainkan peranan untuk bersama-sama menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos dengan sasaran 100,000 pengunjung. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar