web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AG, Sila Siasat Segera Dokumen Yang Tular, Pastikan Tiada Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 2:58PM

Dr Muhamad Akmal Saleh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idris Harus digesa untuk menyiasat dan mengesahkan kesahihan dokumen berkait enam dakwaan terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, ia susulan penularan satu dokumen yang mendakwa tidak wujud kes ke atas Najib.

Menurut beliau, siasatan pada kadar segera amat diperlukan bagi menepis segala persepsi yang timbul berkait kes itu.

"Isi kandungan dokumen yang tular tersebut berbentuk rekomendasi dari pasukan pendakwaan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) yang sebulat suara mengambil pendirian bahawa enam pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie. Dokumen yang tular tersebut didakwa ditujukan kepada Tan Sri Tommy Thomas (Peguam Negara Ketika itu).

"Oleh itu, Pemuda UMNO Malaysia mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk menyiasat kesahihan dokumen tersebut berserta isi kandungannya. Sekiranya sahih dokumen yang tular tersebut adalah benar, Jabatan Peguam Negara haruslah mengambil tindakan sewajarnya dengan menarik balik semua pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan Mohd Irwan selaras dengan rekomendasi di dalam dokumen tersebut,” katanya, hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penyebaran dokumen yang didakwa sebagai Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara.

Dokumen setebal 12 muka surat dan bertarikh 10 September 2019 itu antara lain menyentuh berkenaan enam pertuduhan yang telah dikenakan terhadap Najib dan Irwan Serigar.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, siasatan juga harus dibuat untuk melihat kewujudan elemen salah guna kuasa dan kedudukan oleh individu tertentu, sekiranya isi kandungan dokumentersebut telah disahihkan.

Pemuda UMNO memandang serius isu berkenaan kerana semua pendedahan dalam dokumen tersebut mengandungi keterangan terperinci yang memberikan kesan kepada enam pertuduhan terhadap Najib.

"Elemen pendakwaan politik seperti ini untuk memberi imej negatif dan mendatangkan kerugian tidak wjar berlaku.

"Negara juga telah mengalami kerugian dengan hanya memperoleh semula AS$ 1.8 billion berbanding rundingan yang dipersetujui sebanyak AS$7 billion antara pentadbiran Datuk Seri Najib dengan pihak IPIC," katanya..

Jelas Dr Muhamad Akmal lagi, beliau selaku wakil sayap kepimpinan UMNO itu tidak akan berkompromi sekiranya berlaku salah guna kuasa undang-undang demi kepentingan peribadi.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk menentang mana-mana pihak yang terbukti menggunakan undang-undang dengan cara yang tidak sewajarnya.

"Pemuda UMNO Malaysia sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang. Undang-undang sedia ada di Malaysia ini bertujuan memastikan kebenaran dan keadilan sentiasa ditegakkan," tambahnya. - Getaran, 19 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 46 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad