web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Sahkan Terima Permohonan SPRM Masukkan Nama Menantu Muhyiddin Dalam Notis Merah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 2:01PM

Polis Diraja Malaysia mengesahkan sudah menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menyenaraikan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dalam notis merah Interpol. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyenaraikan nama menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam notis merah Interpol berkaitan siasatan dakwaan rasuah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata permohonan untuk menyenaraikan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, dalam notis merah berkenaan diterima secara lisan daripada SPRM.

Bercakap kepada sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman hari ini, beliau berkata PDRM dan SPRM akan bekerjasama dalam kes berkenaan.

“Sekiranya ada maklumat tambahan (notis merah interpol) saya akan memaklumkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu SPRM memohon kepada PDRM untuk memasukkan nama dua individu, termasuk menantu Muhyiddin, ke dalam senarai notis merah jika gagal tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata Muhammad Adlan dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah dan penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 17 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad