web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Mohd Syahir, Minta Maaf Atau Kami Buat Laporan Polis!’ - Boon Som

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 8:19AM

Boon Som Inong - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam keghairahan menyahut cabaran berdebat diajukan anggota kerajaan, Perikatan Nasional (PN) ternyata masih gagal memisahkan diri mereka daripada menggunakan elemen 3R (raja, agama, kaum).

Terbaru, Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman didesak memohon maaf kepada seluruh komuniti Siam tempatan yang beragama Buddha, susulan kenyataan dibuat beliau pada sesi Debat Model Ekonomi Baharu, dua hari lalu.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas Ahli Parlimen Bachok itu sekiranya beliau gagal berbuat demikian pada kadar segera.

Menurut beliau, Mohd Syahir menerusi program berkenaan mengaitkan pengambilan minuman keras dengan sami dan agama Buddha.

“YB (Yang Berhormat) Mohd Syahir telah membuat kenyataan bahawa pengambilan minuman keras dibenarkan oleh agama Buddha, seperti dinyatakan oleh sami.

“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha,” katanya.

Tegas Boon Som, sami ialah institusi neutral yang amat dipandang tinggi oleh penganut agama Buddha - gambar Unsplash
Tegas Boon Som, sami ialah institusi neutral yang amat dipandang tinggi oleh penganut agama Buddha - gambar Unsplash

Tegas Boon Som, sila kelima dalam Pancasila dengan jelas mengandungi ayat ‘suramerayamajja pamadatthana veramani sikkhapadam samadiyami’ yang bermaksud menahan diri daripada mengambil minuman memabukkan.

“Kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

“Ia sangat keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” katanya, berang.

Boon Som memberitahu, kenyataan tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada institusi sami yang amat dihormati penganut agama Buddha.

“Ia melukakan hati dan menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini,” katanya.

Desak Boon Som, Mohd Syahir prrlu menarik semula kenyataan dibuatnya itu jika ingin menjernihkan keadaan.

“Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya adalah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan  sami sebenarnya adalah institusi yang suci di sisi agama Buddha.

“Ia adalah institusi yang neutral, tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

Mohd Syahir Sulaiman didesak segera memohon maaf atau laporan polis akan dibuat ke atasnya - gambar fail
Mohd Syahir Sulaiman didesak segera memohon maaf atau laporan polis akan dibuat ke atasnya - gambar fail

Beliau memberi ingatan, semua parti politik di negara ini perlu memahami kedudukan dan sensitiviti ini.

“Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik.

“Kami percaya setiap agama mengajar pengikutnya melakukan kebaikan dan menghindari daripada melakukan kemungkaran. Setiap agama melarang pengikutnya menghina, mencaci, memfitnah, memaki hamun dan mencarut,” katanya.

Jelas Boon Som, semua rakyat seharusnya mengamalkan sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, kerana ia adalau asas kepada perpaduan, khususnya di negara yang masyarakatnya hidup berbilang kaum serta bangsa seperti Malaysia.

“Kami berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keharmonian serta ketenteraman dalam kalangan masyarakat,” katanya. - Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Ngepan Indu, Pempengaruh Didenda RM10,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wanita Hamil Ditahan Bantu Siasatan Isu Kenyataan Berbaur Penghinaan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Hadapi 10 Tuduhan Buat, Hantar Kenyataan Hina Allah, Agama Islam Dan Nabi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 36 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 52 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad