web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Hadapi 10 Tuduhan Buat, Hantar Kenyataan Hina Allah, Agama Islam Dan Nabi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 9:33PM

Alimuddin Mohd Hayat, 39, mengaku tidak bersalah selepas enam pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan empat pertuduhan di hadapan hakim V. M Mabel Sheela - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga baju mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik berbaur penghinaan terhadap Agama Islam, Allah dan Nabi menerusi akaun Facebook, akhir April lepas.

Alimuddin Mohd Hayat, 39, mengaku tidak bersalah selepas enam pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan empat pertuduhan di hadapan hakim V. M Mabel Sheela.

Mengikut semua pertuduhan, duda anak dua itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berbaur penghinaan terhadap Agama Islam, Allah dan Nabi menerusi akaun Facebook “Ali Tikos”, dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Hantaran tersebut kemudiannya dibaca pada 10 malam 26 April lepas, di sebuah rumah di Rumah Pangsa Awam Larkin, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah  Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar dan Noor Idayu Salim, menawarkan jaminan RM15,000 untuk setiap satu bagi enam pertuduhan dengan seorang penjamin.

Alimuddin yang tidak diwakili peguam, memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana dia menanggung dua anak selain berpendapatan tidak tetap.

Hakim Ahmad Kamal Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM9,000 dengan seorang penjamin bagi enam pertuduhan.

Di mahkamah lain,  Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya menawarkan ikat jamin RM10,000 untuk empat pertuduhan.

Hakim Mabel Sheela, memutuskan untuk menerima pakai wang jaminan RM9,000 yang ditetapkan oleh Hakim Ahmad Kamal Ariffin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Julai ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad