web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Ucapan Istimewa, Video Dr Wan Azizah Tambat Hati Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 8:00PM

Kemesraan Perdana Menteri dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sememangnya sentiasa mencuri perhatian ramai - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi hantaran penuh bermakna di Instagram. 

Memuat naik video ringkas untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hantaran berkenaan mengandungi ucapan Dr Wan Azizah sempena ulang tahun Perdana Menteri yang ke-76 hari ini. 

“Setahun meningkatnya umur. Semoga Allah izinkan dipenuhi mawaddah rahmah sakinah dalam iman dan taqwa,” katanya. 

Menerusi video berkenaan, Perdana Menteri dilihat ‘terkejut’ disambut isterinya sambil diperhatikan beberapa pegawai, sebelum beliau tersenyum dan memeluk mesra Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu. 

Turut menarik perhatian ramai ialah sedutan lagu ‘Happy Birthday’ yang dinyanyikan cucu-cucu pasangan dua sejoli itu. 

Hantaran terbabit pantas menerima respon netizen, dengan majoriti meluahkan rasa terharu atas keikhlasan kasih sayang yang dipamerkan. 

Pemilik akaun @noranuar_sajari misalnya, memuji peribadi Dr Wan Azizah yang disifatkan tidak pernah mahu mencuri tumpuan, walau dalam apa jua keadaan. 

What a genuine love indeed. She never, ever took the limelight from DSAI no matter in what circumstances they are in and not even when she was holding the DPM office.  

Her perseverance and loyalty towards DSAI while being a dutiful wife and a mother is second to none despite all the hardships that she has to endure for the past 20 over years,” katanya. 

(Sebuah cinta yang amat luhur. Beliau tidak pernah cuba mencuri perhatian yang diberikan kepada DSAI walau dalam apa jua keadaan, walaupun ketika berada di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Kesetiaannya terhadap DSAI sebagai isteri dan ibu tiada tandingan meskipun menembuh pelbagai rintangan sejak 20 tahun lalu). 

Pendapat senada diluahkan @noorhayati_ibunoor yang mengagumi kehebatan pasangan berkenaan. 

“Dedua insan hebat. Terharunya tengok perjuangan DSAI dan keluarga. Moga Allah merahmatimu. Amiin. Happy Besday (Birthday) PMX,” katanya. 

Sehingga berita ini ditulis, video berdurasi 31 saat itu sudah menerima lebih 16,000 tontonan dan 540 komen. - Getaran, 10 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 5 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 21 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad