web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan Inisiatif, Upskilling P-Hailing Akan Ditambah - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 9:08AM

Anwar Ibrahim (tengah) pada pertemuan bersama 24 syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing di Putrajaya, semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) pengendali perkhidmatan parcel hailing (p-hailing) akan ditambah dalam memastikan kepentingan serta kebajikan semua pihak berkaitan terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aspek itu akan diterajui Kementerian Sumber Manusia.

Menurut beliau, semua syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing ini telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah.

“Mereka juga akan meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan serta pengiraan kadar upah.

“Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar menyatakan demikian ketika mengulas mengenai perjumpaan bersama 24 syarikat p-hailing di Putrajaya semalam.

Anwar Ibrahim berkata, semua syarikat p-hailing ini telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah - gambar Facebook
Anwar Ibrahim berkata, semua syarikat p-hailing ini telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah - gambar Facebook

Jelas Perdana Menteri, ia adalah susulan kepada komitmen diberikan pada pertemuan bersama mereka 22 Julai lalu.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar serta pegawai kanan kementerian turut hadir dalam sesi ini. Saya telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran.

“Ikhtiar ini membuktikan Kerajaan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, pertemuan berkenaan turut mendengar pandangan lima wakil penghantar.

“Perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran (upskilling).

“Saya turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, Anwar dipetik sebagai berkata, beliau akan memanggil semua syarikat pengendali p-hailing bagi memberikan penjelasan terhadap beberapa isu dihadapi penghantar makanan dan barang.

Ini selepas seorang penghantar makanan, menerusi program Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider MADANI Selangor mendakwa, kadar penghantaran ketika ini semakin menurun daripada RM7 ke bawah, sekali gus mengurangkan pendapatan mereka. - Getaran, 9 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 38 minit yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam