web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Ipoh Lontar Semangat Jihad, Beli Cenderahati Palestin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 2:57PM

Tukang jahit Mohd Masdi Mohd Moktar, 43, melakukan proses menjahit bendera gergasi Palestin untuk dikibarkan di kampung Gugusan Manjoi. Proses berkenaan memerlukan masa kira-kira 3 jam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Semangat solidariti penduduk sekitar bandar raya ini susulan konflik kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Palestin diserlahkan dengan pembelian cenderahati yang laris umpama ‘pisang goreng panas.’

Pengurus badan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin Cawangan Perak Muhassan Abd. Halim berkata semangat solidariti yang dipamerkan begitu kuat dan dapat dirasai apabila cenderahati berkaitan Palestin dan penduduknya habis dijual dalam masa sehari.

"Tidak boleh dinafikan, semangat serta solidariti yang ditunjukkan pembeli di Ipoh memang kuat. Contohnya, stok bendera Palestin akan sampai pada minggu depan namun kesemuanya sudah ‘bertuan’ dan ditempah penduduk sekitar sini. 

"Cenderahati Palestin seperti bendera, mafla dan kemeja T banyak yang sudah habis dijual sejak Sabtu yang lalu. Orang ramai berpusu-pusu datang ke sini untuk dapatkan barangan Palestin sebagai tanda solidariti. 

"Dijangkakan permintaan terhadap barangan ini akan terus meningkat memandangkan kita tidak boleh ke sana untuk berperang, jadi ini tanda kita menyokong saudara Islam di sana," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Adnan Azizi Zain Abidin, 37, seorang pembekal telur ayam yang turut menjual bendera dan mafla Palestin secara kecil-kecilan, berkata semangat yang ditunjukkan warga Ipoh sangat tinggi apabila beliau sendiri tidak menang tangan dalam memenuhi tempahan pelanggan.

"Setakat ini sebanyak 80 bendera telah terjual walaupun saya hanya mengambil tempahan melalui WhatsApp dan kira-kira 100 pelanggan sedang menunggu untuk mendapatkan bendera Palestin daripada saya.

"Bekalan sentiasa tidak cukup dan di situ kita nampak semangat solidariti masyarakat kita. Rata-rata pembeli terdiri daripada pemandu perkhidmatan penghantaran makanan yang ingin meletakkan bendera di kotak makanan motosikal sebagai tanda solidariti terhadap isu di Palestin,” katanya ketika ditemui di kedainya yang terletak di Medan Gopeng.

Pemilik kedai cetak baju Irwan Shah Kamarul, 36, pula berkata pihaknya menerima kira-kira 100 tempahan topi dengan seni reka peta Palestin dalam tempoh seminggu.

"Kami menerapkan elemen minimalis dalam rekaan topi kami. Kami tidak menggunakan ayat serta seni reka yang keterlaluan tetapi mesej kesedaran dapat disampaikan secara jelas," katanya ketika ditemui di kedainya.

Sementara itu, penduduk di Manjoi turut serta mengibarkan bendera Palestin bersaiz gergasi di hadapan pintu gerbang gugusan Manjoi sebagai tanda tidak setuju dengan kekejaman yang dilakukan rejim Israel ke atas Palestin. 

Usaha itu digerakkan Zaidi Ramli, 49 bersama rakan-rakannya yang menginginkan satu mercu tanda Palestin di gugusan Manjoi sebagai bukti kecintaan penduduk setempat terhadap saudara Islam di Palestin.

Bendera sepanjang 6.2 meter itu dijahit oleh Mohd Masdi Mohd Moktar, 43, yang berkata dia mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan bendera berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad