web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Mahu Perkenal Sekolah Khas Untuk Golongan Paling Miskin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 6:27PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim, gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS -- Kerajaan berhasrat memperkenal sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan lebih berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

“Jadi, kita ada sekolah yang memberi ruang kepada anak-anak yang miskin khususnya yang paling miskin serta keputusan (akademik) yang tidak memuaskan. Kita beri mereka peluang untuk belajar,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata peluang pendidikan perlu diberikan secara saksama supaya tiada mana-mana golongan tercicir daripada pendemokrasian mutu pendidikan yang memberikan hak pendidikan kepada semua orang.

Perdana Menteri berkata ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar seperti di Manik Urai, Kelantan serta Kapit, Sarawak.

Mengakui pendidikan antara cara untuk membawa keluar seseorang daripada belenggu kemiskinan, Anwar berkata ia penting dalam usaha meningkatkan mobiliti sosial yang menurut beliau adalah ‘penghijrahan’ bagi golongan miskin.

Justeru, beliau berhasrat untuk membawa perubahan dalam sektor pendidikan Malaysia bagi mempertingkat mutu pendidikan negara.

"Untuk menjayakan perkara ini, kita perlu kerjasama penuh daripada pelajar dan guru serta komitmen pelajar yang harus cemerlang dalam pelajaran mereka," katanya.

Menjelaskan kepentingan pendidikan bagi sesebuah negara, Anwar berkata anak muda perlu menguasai pembelajaran dan menghidupkan amalan membaca yang semakin pudar dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata sehubungan itu, Belanjawan MADANI memperuntuk perbelanjaan yang besar bagi sektor pendidikan kerana percaya negara lebih maju melalui penguasaan pendidikan oleh rakyatnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar