web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Rancang Kemuka Cadangan Tambah Jajaran Keretapi Kepada Kerajaan Selepas PRN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 4:51PM

Datuk Seri Amirudin Shari. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Kerajaan Selangor merancang untuk membawa cadangan penambahan jajaran keretapi dari daerah Klang ke bahagian utara negeri itu kepada Kerajaan Persekutuan sebaik Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor selesai pada 12 Ogos nanti.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan Pusat diperlukan dalam merealisasikan pelan itu, dan pertemuan segera dengan Kementerian Pengangkutan akan diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan.

“Dari Klang ke Kuala Selangor akan ambil jarak jajaran dalam 20 kilometer (km) ke 30 km dan isu yang dibincangkan nanti adalah melibatkan tanah rezab, jajaran serta kos,” katanya pada sidang selepas Majlis Perasmian Program Hari Terbuka MITI (MITI Day) 2023, di sini hari ini. 

Beliau berkata jajaran itu bukan hanya dapat memendekkan perjalanan ke utara Selangor berbanding laluan jalan raya, tetapi juga akan memberi limpahan ekonomi di sekitar kawasan yang terlibat.

Bagaimanapun, katanya beliau menjangkakan projek itu bakal dilaksana pada pertengahan 2025 hingga 2026.

“Kita tidak mahu membebankan kerajaan Persekutuan, kita bagi selesai dahulu membabitkan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijangka siap 2025 hingga 2027,” katanya.

Semasa pelancaran Tawaran Kita Selangor oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Isnin lepas, Amirudin membentangkan janji bagi mewujudkan Jajaran Kita Selangor yang menghubungkan perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam.

Selain itu, ia juga akan menghubungkan jajaran rel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek agar Wilayah Pantai Barat Selangor menjadi Koridor Perkhidmatan Rel.

Dalam pada itu, mengenai permintaan cuti khas sempena PRN, beliau berpandangan perkara itu akan membabitkan implikasi gaji atau kewangan untuk sektor awam dan swasta di saat ekonomi negara sedang dipulihkan.

“PRN ini telah dirancang lama, dan saya yakin rakyat sudah ada rencana masing-masing, lebih-lebih lagi kebanyakan pengundi adalah di sekitar Lembah Klang dan jarak masa perjalanan mereka hanya sejam ke dua jam untuk mengundi,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek