web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Median Upah Bulanan Pekerja Formal Warganegara RM2,600

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 4:36PM

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (tengah) menunjukkan buku laporan pada Majlis Pelancaran Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 di Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Median upah bulanan bagi pekerja formal warganegara yang dicatatkan pada Mac 2023 adalah RM2,600, meningkat 8.3 peratus berbanding RM2,400 bagi tempoh sama tahun lalu, demikian menurut Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan (DOSM) itu menunjukkan bilangan pekerja formal yang dicatatkan pada Mac 2023 seramai 6.45 juta orang.

"Pekerja formal lelaki merangkumi 55.5 peratus atau seramai 3.58 juta orang daripada keseluruhan pekerja formal warganegara dengan median upah RM2,664 sebulan. 

“Pekerja formal perempuan pula membentuk 44.5 peratus atau 2.87 juta dengan median upah bulanan RM2,545,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di sini hari ini.

Pekerja formal merujuk kepada individu yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau latihan perantisan bermajikan dan menerima ganjaran untuk kerja yang diselesaikan.

Mohd Uzir berkata laporan itu berdasarkan data daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan tidak mengambil kira sebahagian besar gaji sektor awam.

“Upah yang dianggarkan dalam penerbitan ini merujuk kepada semua ganjaran dalam bentuk wang yang meliputi bonus, komisen dan elaun dibayar kepada pekerja untuk pekerjaan yang dilakukan pada  tempoh rujukan,” katanya.

Beliau berkata etnik Cina memperoleh median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023 sebanyak RM4,000, diikuti India (RM2,500), Bumiputera (RM2,200) dan lain-lain (RM2,000).

Upah mengikut kumpulan umur pula, Mohd Uzir berkata median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023 direkodkan oleh pekerja formal berumur 45 hingga 49 tahun dan 40 hingga 44 tahun masing-masing RM3,500.

Kumpulan umur bawah 20 tahun menerima median upah bulanan terendah iaitu RM1,500 dalam bulan tersebut.

Mengenai situasi upah mengikut aktiviti ekonomi, Mohd Uzir berkata sektor perlombongan dan pengkuarian, walaupun hanya mewakili 0.5 peratus daripada keseluruhan pekerja formal, mencatatkan median upah bulanan tertinggi pada Mac 2023 iaitu RM7,500, manakala sektor pertanian yang terendah dengan RM1,900.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan median upah tertinggi iaitu RM3,927 bagi Kuala Lumpur; Selangor (RM2,964) dan Pulau Pinang (RM2,627).

Negeri dengan median upah bulanan terendah pada Mac 2023 adalah Kelantan, Perlis dan Sabah masing-masing RM1,600, RM1,627 dan RM1,782.

Mohd Uzir berkata penghasilan laporan itu adalah produk pertama berjaya diterbitkan menggunakan inisiatif kerangka Pembangunan Pangkalan Data Utama (Padu) yang melibatkan pengintegrasian data pentadbiran yang pelbagai berkaitan pasaran pekerjaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Parlimen Bangi Rekod Populasi Tertinggi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Purata Kos Pengeluaran Ayam Pedaging RM6.53 Sekilogram, Telur RM0.48 Sebiji

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi