Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Purata Kos Pengeluaran Ayam Pedaging RM6.53 Sekilogram, Telur RM0.48 Sebiji

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 9:25PM

Kos pengeluaran ayam pedaging dan telur secara purata di Malaysia adalah masing-masing RM6.53 sekilogram dan RM0.48 sebiji. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kos pengeluaran ayam pedaging dan telur secara purata di Malaysia adalah masing-masing RM6.53 sekilogram dan RM0.48 sebiji, berdasarkan kajian dijalankan pada September bagi tempoh hingga Oktober lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, harga sekilogram ayam di ladang jika mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran ayam, ia direkodkan berada di antara julat RM6.86 hingga RM7.84.

Katanya, margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat borong merekodkan RM1.30, manakala margin keuntungan sekilogram ayam di peringkat runcit mencatatkan RM1.25.

“Bagi telur ayam, purata kos pengeluaran sebiji telur ayam mencatatkan RM0.48. Sekiranya mengambil kira lima peratus, 10 peratus dan 20 peratus keuntungan daripada kos pengeluaran telur ayam, harga telur ayam di ladang direkodkan berada di antara julat RM0.50 hingga RM0.58 sebiji.

“Margin keuntungan sebiji telur ayam di peringkat borong dan runcit pula, masing-masing mencatatkan RM0.04 dan RM0.02,” katanya menerusi kenyataan Laporan Kajian Khas Kos Pengeluaran Ayam dan Telur 2022 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Beliau berkata, komposisi kos pengeluaran ayam pedaging meliputi 98.6 peratus kos langsung dan 1.4 peratus kos tidak langsung.

Jelasnya, antara komponen terbesar dalam kos pengeluaran ayam pedaging adalah makanan ternakan, iaitu pada kadar 65.1 peratus dan kos pembelian ‘day-old chick’ (16.0 peratus).

Mohd Uzir berkata, kos pengeluaran telur ayam pula merangkumi 96.9 peratus kos langsung dan 3.1 peratus kos tidak langsung, di mana 76.2 peratus daripadanya melibatkan kos makanan ternakan ayam serta 15.8 peratus adalah kos utiliti, gaji dan upah.

“Kos pembelian day-old chick meliputi 2.2 peratus daripada jumlah kos pengeluaran telur,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kos makanan ternakan juga berbeza mengikut jenis apabila bagi ayam pedaging, purata kos makanan ternakan ayam pedaging untuk jenis Starter ialah RM132.04 per 50 kilogram (kg).

Menurutnya, purata kos makanan ternakan ayam pedaging bagi jenis Grower dan Finisher, masing-masing mencatatkan RM129.71 per 50 kg dan RM126.96 per 50 kg.

Selain itu, Mohd Uzir berkata, makanan ternakan ayam jenis Starter lazimnya lebih mahal disebabkan kandungan nutrient lebih tinggi dan kesesusaiannya untuk tumbesaran anak ayam.

“Bagi ayam penelur, purata kos makanan ternakan bagi jenis Starter ialah RM131.57 per 50 kg. Purata kos makanan ternakan bagi jenis Grower dan Layer masing-masing adalah RM117.08 per 50 kg dan RM115.10 per 50 kg.

“Semasa kajian, harga belian bagi seekor day-old chick (pedaging) di Malaysia secara purata merekodkan RM2.12 dan RM3.32 bagi seekor day-old chick (penelur). Harga anak ayam ini kebiasaannya akan berubah bergantung kepada pasaran semasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, laporan itu turut menyediakan analisis mengikut negeri, kapasiti ladang dan kategori penternak.

Laporan itu, katanya, diharap dapat memberi gambaran lebih baik mengenai senario pengeluaran ayam dan telur di Malaysia.

Ujarnya, laporan itu boleh dimuat turun secara percuma di portal Jabatan Perangkaan Malaysia di pautan www.dosm.gov.my.

“Di kesempatan ini juga, DOSM merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutama pasukan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), DVS Negeri, penternak, pemborong dan peruncit yang terlibat secara langsung serta secara tidak langsung, selain memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan keluaran penerbitan ini,” katanya.

DOSM, katanya, sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

“DOSM amat menghargai kerjasama daripada responden terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM dan menjayakan survei ini.

“Sila layari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut. DOSM juga menerbitkan statistik ekonomi dan sosial, iaitu PocketStats yang mengandungi statistik suku tahunan dan tahunan yang boleh diperoleh dari portal DOSM atau melalui pautan https://bit.ly/PocketStats_2022,” katanya. – Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Bilangan Penganggur Berkurang Kepada 580,700 Pada 2023 - DOSM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri