web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen Bangi Rekod Populasi Tertinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 8:33PM

Mohd Uzir Mahidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kawasan Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 691,900 orang, menurut Statistik Subnasional Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2023 terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini.

Ini diikuti Parlimen Kota Raja dengan 526,400 orang dan Parlimen Subang sebanyak 481,100 orang.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata kawasan Parlimen berpopulasi paling padat ialah Wangsa Maju dengan jumlah populasi 13,224 orang bagi setiap satu kilometer persegi.

“Ini diikuti Pandan dengan kepadatan populasi 11,442 orang per kilometer persegi dan Jelutong dengan 11,361 orang,” katanya.

Bagi komposisi populasi mengikut kumpulan etnik utama, Mohd Uzir berkata Setiu mempunyai 99.6 peratus penduduk Bumiputera tertinggi diikuti Hulu Terengganu (99.5 peratus) dan Jeli (99.4 peratus).

Kepong merekodkan penduduk daripada etnik Cina teramai dengan 72.5 peratus manakala etnik India terbanyak dicatatkan di Ipoh Barat iaitu 25.9 peratus, katanya.

“Kawasan Parlimen Putrajaya, Gua Musang dan Tumpat adalah tiga kawasan Parlimen di Malaysia yang merekodkan penduduk umur muda tertinggi iaitu masing-masing, 37.2 peratus, 35.8 peratus dan 33.5 peratus,” katanya. (Penduduk umur muda merujuk kepada usia 14 tahun dan ke bawah).

Beliau berkata tiga kawasan Parlimen di Selangor memiliki peratus penduduk tua tertinggi iaitu berumur 65 tahun dan ke atas iaitu Sabak Bernam pada 22.4 peratus, Sungai Besar (19.7 peratus) dan Tanjong Karang (18.3 peratus).

Katanya, pelbagai statistik terpilih di peringkat Parlimen dan DUN yang terdiri daripada maklumat asas;  penduduk; perumahan; guna tenaga; pendapatan isi rumah; pendidikan; kesihatan; kemiskinan; keselamatan awam; Internet dan media sosial, kemudahan asas dan bilangan pertubuhan serta syarikat perniagaan boleh dirujuk dalam penerbitan Statistik Subnasional Parlimen dan DUN 2023 tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar