web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayu Minta Makan, Dikunci Dalam Rumah, Polis Selamat Kanak-Kanak Mangsa Dera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 8:24PM

Pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan luka di seluruh badan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH  -- Rayuan sayu seorang kanak-kanak berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan dari orang ramai, membongkar kisah beliau menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.

Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan 4.30 petang semalam, memaklumkan mengenai seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah rumah pangsapuri di kawasan Menglembu, disyaki didera penjaganya.

“Mangsa ditemukan oleh saksi orang awam dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu Yahaya berkata polis menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun di rumah yang sama, kira-kira 3 petang hari yang sama.

Yahaya berkata polis turut merampas paip getah dan rotan yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

“Lelaki yang merupakan pengutip kotak dan wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu, suspek direman selama lima bermula hari ini hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Mangsa telah ditahan wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan dan permerhatian,” katanya yang juga memaklumkan lelaki itu didapati positif dadah methamphetamine.

Yahaya berkata polis sedang melengkapkan siasatan kes dan akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad